Karnival Usahawan Desa ( KUD ) 2015 | Karnival Usahawan Desa KUD untuk tahun 2015 telah berlangsung bermula hari ini 2 September hingga 6 September di Presint 3 Putrajaya . Pelbagai jenis jualan dan aktiviti telah diatur untuk anda .
Karnival Usahawan Desa ( KUD ) 2015
Karnival Usahawan Desa ( KUD ) 2015 telah menyediakan platform kepada usahawan desa untuk mengketengahkan serta memperkenalkan dan mempromosikan produk mereka kepada umum disamping mendapatkan peluang pemasaran pada skala yang lebih besar . Mengadakan business matching, business talk dan seminar bersama pengedar, pemborong, pelabur, agen swasta sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa .
Jenis Aktiviti
Pelbagai jenis aktiviti telah dianjurkan seperti pertandingan , persembahan artis , pameran dan sebagainya . Aktiviti lain yang terdapat di KUD seperti malam kerohanian KUD, permainan sukan rakyat, pertandingan tomoi, KUD Putrajaya cyclethon , pertunjukan fesyen busana muslimah , demo memasak dan sebagainya .
Pertandingan yang dijadualkan :
- kompang
- nasyid
- sumpitan
- mewarna
- gubahan bunga / hantaran
- andam pengantin
- kawad kaki
- kolaj
- puzzle
Persembahan artis seperti
- aina abdul
- sherry alhaddad
- didie alias
- amar baharin
- fattah
- sherry ibrahim
- azzam sham
Pameran
- beca berhias
- kereta kuda
- belon panas udara
Anda juga boleh menyaksikan ceramah agama melalui Laman Ilmu Bersama Ustaz Kazin Elyas pada 3 September jam 8.30 malam bertempat di Presint 3 Putrajaya .
Jadual Aktiviti
Untuk mengetahui apakah aktiviti yang dijalankan di KUD dari 2 September hingga 6 September , anda bolehlah klik baner di atas .
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Karnival Usahawan Desa ( KUD ) 2015 , anda bolehlah melayari www.kud.my .
~ Sumber Informasi ~
Wahh menarik ni :D
ReplyDeletex berkesempatan nk pegi karnival ni..
ReplyDeleteBlh g tengok ni..hahahha
ReplyDeleteLokasi menarik untuk meluangkan masa lapang. Mesti ada macam2 aktiviti dan pilihan barangan hasil dr Orang Kampung.
ReplyDeletepernah pergi KUD yg 1st, macam sardin, ramainya umat manusia, mengalahkan floria ... sekarang pikir dua kali kalau nak gi ;)
ReplyDeleteBagus juga aktiviti macam ni, boleh tahu produk apa yang diorang jual
ReplyDeleteMacam2 acara...bestnyer kalu dapat pergi...tak pernah pergi lagi...
ReplyDeletesalam singgah sini sis...bestnya kalau dapat ke karnival macam ni...kita boleh tengok hasil keluaran desa kita yang sememangnya boleh d ke tengahkan hingga ke peringkat antarabangsa...
ReplyDeleteWsh sangat menarik ..
ReplyDeletetingin nk g tp kena blk kg ;-(
ReplyDeleteMenanglah best kalau dapat pergi ....
ReplyDeleteMcm mam ada tu...Yg best ada UKE tu
Menarik. Sana sini dengar pasal KUD. Tapi KTC jauh sangat. Haha
ReplyDeletesenarai retis tu CT kenal amar bahrin je =P
ReplyDeleteAdakah ini acara tahunan? Amat puas hati hati apabila kali pertama berkunjung. Pengisian amat menarik dgn pengenalan produk dan acara yg disediakan. Syabas kpd pihak penganjur dan urus setia yg terlibat.
ReplyDeletealamak..dah terlepas lah
ReplyDeletemacam best aje aktiviti dia