Assalamualaikum ...
Dapatkan ' On - Going ' Nuffnang | Bismillah . Selepas menerbitkan entri bertajuk Cara Pikat Nuffnang , CM mendapat banyak maklum balas malah juga pertanyaan . Antara pertanyaan yang CM dapat adalah bagaimana mahu mendapatkan status ' on - going ' dalam CPUV . CM tidaklah tahu sangat tapi mungkin ada sesuatu yang boleh CM kongsi di sini .
Dapatkan ' On - Going ' Nuffnang
CM mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk mendapatkan status on - going selepas membuka blog . Ada juga dikalangan blogger yang hanya perlukan sebulan lebih sahaja . Maka blogger ini dikategorikan sebagai bernasib baik . Tetapi ada juga yang sudah bertahun bersama Nuffnang , tapi masih belum mendapat status on - going . Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan status ' on - going ' Nuffnang . Antaranya :
1- Publish Entry Pada Waktu Kemuncak
Iklan Nuffnang berlegar - legar di blog anda mengikut waktu - waktu tertentu . Selalunya pada waktu yang pembaca ada masa untuk melayari internet . Antara waktu kemuncak iklan Nuffnang adalah pukul 6 pagi , 8 pagi , 1 petang , 6.30 petang , 8 malam , 10 malam , 12 tengah malam ( tips dari blogger Yumida ) . Mungkin juga waktu yang saya beri ini kurang tepat . Maka anda perlu membuat homework sendiri . Silalah publish entry pada waktu kemuncak tersebut . Kalau tak dapat semua , dapat publishkan pada dua waktu pun sudah memadai .
2- Blogwalking
Bila kita tidak membuat blogwalking , maka tiadalah kunjungan balas seterusnya membuatkan blog kita sepi dari kunjungan dan juga komen . Bila perkara itu berlaku , mahukah Nuffnang memilih blog anda untuk turut serta di dalam kempen iklannya ? Maka anda perlu rajin membuat blogwalking semampu mungkin setiap hari .
3- Unik Visit Sekurang - kurangnya 20 Sehari
Untuk menarik pembaca di enjin carian terutamanya Google juga dikalangan pengikut blog , anda perlu gunakan keywords atau tajuk entri yang menarik . Sama ada tajuk itu berunsurkan suspen atau tanda tanya , itu terpulang kepada kreativiti anda . Tajuk itu pula kalau boleh tidak lebih dari tiga perkataan . bila anda dapat melakukannya , entry anda akan berada di muka surat pertama carian Google malah mungkin juga menjadi tajuk pilihan untuk dibaca para pengikut anda . Kesannya , anda akan mendapat banyak unik visit dan kunjungan dari pengikut blog anda dalam sehari . Situasi ini sudah tentu akan menarik perhatian Nuffnang .
4- Update Survey Di Nuffnang
Anda perlu melakukan update survey blog anda di Nuffnang sekurang - kurangnya sekali dalam seminggu . Bila anda melakukannya , Nuffnang akan mendapati bahawa blog anda adalah aktif . Dengan itu , pihak Nuffnang akan bermurah hati memilih blog anda untuk terlibat di dalam kempen iklan - iklan Nuffnang .
5. Hantar Pertanyaan ke Help Desk
Hantarlah pertanyaan ke Help Desk tentang apa sahaja yang anda mahu tahu berkaitan Nuffnang juga iklannya . Pertanyaan anda itu menandakan anda peka kerana anda aktif berblog . Perkara ini juga perlu anda lakukan apabila anda dapati tiada lagi kempen iklan Nuffnang yang berlegar - legar di blog atau pun juga tiada status ' on - going ' selepas segala kempen iklan Nuffnang anda dikreditkan atau pun selepas anda melakukan ' cash out ' .
Di harap , tips - tips di atas dapat membantu anda mendapatkan status ' on - going ' Nuffnang . Semoga ianya berkesan untuk blog anda .
~ Sumber Informasi ~
~ Sumber Informasi ~
Tq tips
ReplyDeleteYang penting kena rajin
ReplyDeletemoga makin bertambah rezeki kita nnti ....insyaAllah...hihi
ReplyDeletependek kata kena rajin serba serbi kan? ;-)
ReplyDeleteLama dah tak hantar kad kat Nuffnang...
ReplyDeleteBlog pun dah kurang pengunjung sejak kurang bw ni...
Tak perlah nak buat macamana
Saya rajin blogwalking jer. Hehehe
ReplyDeleteNice info btw :)
CT rasa nuff dah x sayang CT lah ahahah.. nak mrajuk dengan Nuff sob sob..
ReplyDeleteSo far, still lagi on going berlegar2 dlm blog..huhu
ReplyDeleteapa kebenda on-going tu?
ReplyDeletesaya tak penah pandang serius pun benda ni
mungkin sebab tu blog saya walau dah 3 tahun
income baru 70 hinggit aje
Terima kasih....barulah faham lagi...tetapi update survey tu tak faham sikit..
ReplyDeleteon going tu bergantung juga kalau lama lg banyak income. semoga murah rezeki
ReplyDeleteSemoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki... aamiin.
ReplyDeleteTQ...saya pon dh lama x update nuffnang
ReplyDelete