Wabak MERS - CoV | MERS - CoV atau lebih dikenali sebagai Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah kini telah menular di Korea Selatan dan merupakan tertinggi selepas Arab Saudi . Kini Wabak MERS - CoV sudah berada di Thailand pula . Agak membimbangkan di situ sebab Thailand adalah jiran Malaysia . Maka kebarangkalian wabak MERS - CoV akan sampai ke Malaysia adalah tinggi .
Wabak MERS - CoV
MERS - CoV adalah " coronavirus " iaitu sengkatan bagi " coronavirus novel " ( nCoV ) dan berlaku di Arab Saudi pada tahun 2012 . Coronavirus ini berbeza dari coronavirus yang dialami oleh mereka sebelum ini .
Coronavirus
Sindrom Coronavirus ini apabila menyerang akan menyebabkan penyakit gangguan pernafasan pada mamalia termasuk manusia . Coronavirus terdapat dalam nisbah 1 dalam setiap 3 kes selsema biasa . MERS - CoV didapati jauh lebih berbahaya daripada keluarga virus corona yang lain yang ditemui sebelum ini kerana virus corona ini merupakan sindrom penyakit gangguan pernafasan yang baru ditemui .
Tanda Dan Gejala
Sekiranya anda mahu ketahui , apakah seseorang itu menghidap sindrom penyakit gangguan pernafasan MERS - CoV , pastikan ada tanda dan gejala berikut :
- demam
- batuk
- sesak nafas
- kebanyakan pesakit mempunyai radang paru - paru
- dalam sesetengah kes berlaku cirit birit
- kes lanjutan adalah berlaku kegagalan pernafasan
Langkah Pencegahan
Untuk mengelakkan wabak MERS - CoV ini menjangkiti anda , langkah pencegahan yang perlu anda lakukan adalah
1- Jaga kebersiahan . Cuci tangan dengan sabun atau pencuci tangan antiseptik
2- Sentiasa menggunakan penutup mulut dan hidung ( mask )
3- Tutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin
4- Elakkan dari mendekati atau menyentuh orang yang sakit .
~ Sumber Informasi ~
semoga kita dijauhi drpd wabak ini...
ReplyDeleteeh wabak ni dah ada kat malaysia ke?
ReplyDeletearitu dengar kecoh dekat arab saudi kan
Bahayanya..dahla jerebu pun ancaman kpd kesihatan kita. Tambah plak wabak2 cmni..nauzubillah...knk2 dgn wrga mas la paling terkesan sbb imuniti dorg rendah
ReplyDelete