Assalmualaikum ...
Proses Pembenihan Awan | Bismillah . Sekarang ni , disebalik cuaca panas kering , berlaku juga jerebu . Bila dah panas memanjang , mudah untuk membakar dan terbakar terutama yang menjalankan aktiviti pertanian . Hasil tanah terbakar , menjadikan pokok dapat hidup subur selain tanah menjadi gembur . Tu yang my bonda beritahu . Maka alternatif pembenihan awan perlu dilakukan .
Akibat Cuaca Panas
Bila panas kering bertembung jerebu , maka terhasillah pelbagai penyakit . Selain perlukan sumber air , udara juga perlu dibersihkan . Maklumlah , segala makhluk yang bernyawa menghirupnya setiap masa . Lainlah kalau semua tempat ada aircond . Bolehlah meletakkan diri ditempat yang tertutup sepenuhnya .
Pembenihan Awan
Pembenihan awan adalah alternatif yang paling tepat . Selain untuk dapatkan sumber air , ia juga untuk membersihkan udara yang sudah tercemar dengan asap kenderaan dan jerebu . Tapi nak buat pembenihan awan pun kena la ada strategi .
Proses Pembenihan Awan
Untuk melakukan proses pembenihan awan , beberapa faktor tertentu peru diambil kira seperti
- perlu dilakukan di kawasan takungan air
- perlu ada awan dikawasan tersebut
- perlu ada awan yang sesuai seperti jenis Towering Cumulus ( Kumulus Menjulang ) .
Faktor - faktor sampingan yang perlu diambil kira ;
- angin perlu stabil
Selepas segala keperluan pembenihan awan dikenal pasti ada , barulah proses pembenihan awan dilakukan . Terdapat beberapa jenis pembenihan yang sering dilakukan di Malaysia ;
Jenis Pembenihan Awan
1- Dry Seeding ( pembenihan kering )
- Juruterbang akan membakar katrij yang mengandungi bahan garam berbentuk solid ke awan . Ia akan menyebarkan garam ke kawasan sekitar bagi membentuk awan .
2- Wet Seeding ( pembenihan basah )
- Juruterbang akan menyebarkan larutan garam dan air yang dimasukkan dalam satu tangki ke kawasan pembenihan awan .
Nukleus - nukleus garam tersebutlah yang akan menarik wap air bagi menghasilkan awan .
Perlu diketahui bahawa bahan kimia yang terdapat dalam sebatian garam tidak menjejaskan kesihatan orang awam kerana digunakan dalam kuantiti yang sedikit . Malah , bahan kimia yang dipanggil silver iodide itu juga digunakan dalam kebanyakan perubatan komersial .
Bila baca fakta kat atas ni , terfikir lak tentang hujan asid . Anak buah CM , lancar jer terangkan macam mana hujan asid ni terhasil kat adik - adiknya . Melopong sekejap ! Alhamdulillah . Maknanya dia faham apa yang cikgunya sampaikan .
~ Sumber Informasi ~
Info yang menarik, CM :)
ReplyDelete