Cara Mudah Elak Samseng Jalanan


Assalamualaikum ...

Cara Mudah Elak Samseng Jalanan . Kalau di Malaysia ini samseng jalanan yang selalu kita dengar adalah peragut . Tak kira di mana saja sama ada anda menunggu bas , teksi , keluar dari pusat beli belah , di parking kereta  , malah di trafik light juga , peragut tetap menjalankan tugasnya dengan sungguh nekad !


Cara Mudah Elak Samseng Jalanan

Peragut


Peragut adalah antara perlakuan samseng jalanan yang paling kerap berlaku . Mereka ini melakukan aktiviti ini sebab malas kerja . Nak dapat duit senang dan cepat . Tapi , mereka yang buat kerja ni tak juga hidup senang macam pengemis kan ... heh heh heh . Hari tu ragut , hari tu jugak duit habis . Nasib tak baik , sedara / mak / isteri dia lak kena ragut dengan orang lain . Kan janji Allah perbuatan kat dunia ni DIA bayar cash !

Cara Mudah Elak Samseng Jalanan


Ada cara mudah nak elak samseng jalanan ni . Walaupun keberkesanannya tidak 100 % , sekurang - kurangnya anda boleh cuba sekiranya ianya berlaku pada anda ketika anda berseorangan . 

Kalau anda sedang menunggu teksi dan bas berseorangan , berjaga - jaga dengan motor yang lalu lalang . Kalau boleh anda jangan berseorangan . Kalau ada payung yang berkaki lagi bagus sebab anda boleh gunkan sebagai senjata . Kalau anda ada tenaga yang kuat , tendang saja motor tu sekuat hati .  Sekiranya anda jalan berseorangan , pastikan korang jalan di bahagian arah bertentangan . 

Lebih baik kalau anda pakai seluar sebab boleh simpan wallet dan phone kat poket selur . Jadinya kalau mereka rembat handbeg , bagi je dengan senang hati

Bila anda dah masuk kereta , pastikan anda terus kunci pintu . Jangan lak anda selamba ke biar pintu ternganga sambil hidupkan enjin kereta . Maklumlah , dalam kereta haba panas kan . Tapi perbuatan itu memang membahayakan . Selain itu , elakkan letak handbeg kat tempat duduk . Tak memasal nanti tetiba ada orang pecah cermin kereta . Belum sempat buat apa - apa , handbeg dah lesap sekelip mata .


Cara Mudah Elak Samseng Jalanan


Samseng Jalanan


Apa anda rasa masa anda berada di dalam kereta , tiba - tiba ada orang datang dan buka kereta . Lepas tu pergi cek yang bukan - bukan macam dia polis dan anda pula penjenayah sedangkan anda tak ada buat kesalahan walaupun berhutang dengan Ah Long . Mereka tu sebenarnya samseng jalanan . Itulah yang berlaku pada Harith Iskandar macam kat video atas tu . Apa yang sebenarnya berlaku , korang kenalah tengok sendiri . 




~ Sumber Informasi ~




4 Responses to "Cara Mudah Elak Samseng Jalanan"

  1. Sekarang ni memang kena berhati-hati. Ramai manusia terdesak dan buat jahat kerana nampak peluang dpn mata.

    ReplyDelete
  2. Cara mudah tapi bila tengah panik...segalanya lupa. Bertenang itu paling penting agar otak dapat cepat berfikir dan bertindak

    ReplyDelete
  3. skg ni mcm2 boleh jadi kan...penyangak2 tggu masa sesuai jer amik kesempatan atas kecuaian kita....ngeriiii...

    psstt...dh tukar layout ehhhh.....cantik hehehe

    ReplyDelete
  4. betullah tu, langkah pencegahan tu perlu
    zaman sekarang, semua benda boleh mendatangkan bahaya pada kita dan orang keliling

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...