Maksud Disebalik Vokal Dan Pergerakan Solat


Assalamualaikum ...

Maksud Disebalik Vokal Dan Pergerakan SolatBismillah . Pakar perubatan , Sheikh Hakim Moinuddin dalam kitab at - Tib al - Rauhi as - Sufi telah membuktikan solat itu adalah senaman bukan saja untuk fizikal malah juga rohani .


Maksud Disebalik Vokal Dan Pergerakan Solat

Solat


Solat telah diwajibkan ke atas umat Islam lima kali dalam sehari . Solat terdiri daripada empat rakaat untuk Zohor , Asar dan Isyak , tiga rakaat untuk Maghrib dan dua rakaat untuk solat Subuh sahaja . Tujuan mewajibkan solat ke atas para muslimin adalah supaya mereka berterima kasih dan bersyukur pada Allah s.w.t atas kejadian serta nikmat yang diberikan - Nya .

Maksud Disebalik Vokal Dan Pergerakan Solat


Mungkin ramai diantar kita tidak tahu bahawa disebalik setiap pergerakan serta bacaan solat kita itu mengandungi maksud tertentu yang sudah tentu membawa kebaikan kepada pelakunya . Di bawah ini adalah penjelasan tentangnya .

A : BERDIRI BETUL DAN TAKBIR


Berdiri dan takbir ( gambar 1 dan 2 ) dalam sembahyang menjadikan kita rehat terutama pada otot - otot atas dan bawah belakang dan kedua - dua kaki . Berdiri telah meluruskan tulang belakang dan kaki . Kedua - duanya tidak membengkok atau terhimpit . Situasi ini telah melancarkan perjalanan darah dan urat saraf berada pada posisi yang asal .

Maksud Disebalik Vokal Dan Pergerakan Solat



Maksud Disebalik Vokal Dan Pergerakan Solat


Tumpuan mata ke tempat sujud telah menarik tumpuan otak atas dan bawah bersatu dalam satu pusat kosentrasi dan membebaskan akal dari sebarang ingatan , menjadikan ia rehat dan tenang . Ini merupakan latihan untuk membina kesejahteraan zahir dan batin seseorang .


B - RUKUK DAN IKTIDAL


 Maksud Disebalik Vokal Dan Pergerakan Solat


Rukuk pula ( gambar 3 ) berperanan merenggang sepenuhnya otot - otot bahagian bawah belakang , peha dan betis . Ketika itu darah dipamkan ke atas badan . Kesannya , melembutkan otot - otot perut dan buah pinggang . Kesan jangka panjangnya , dapat menyejahterakan dan mengharmoni jiwa . 

Berdiri iktidal ( bangun dari rukuk ) dan berhenti sejenak , memberi peranan kepada darah yang baru bergerak itu masuk ke dalam  saluran urat asalnya . Jadi , badan pun dapatlah balik kerehatan dan dapat menghilangkan ketegangan .

C : SUJUD DAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD


Maksud Disebalik Vokal Dan Pergerakan Solat


Sujud ( gambar 4 ) membina otot perut dengan sempurna dan mengelak perut dari buncit . Membantu menambah dan melancarkan aliran darah ke bahagian atas badan , terutamanya bahagian kepala termasuk telinga , mata , hidung dan paru - paru . Kerana kedudukannya direndahkan , ia dapat membantu membersihkan pernafasan dan sistem urat saraf , mengeluarkan mentol toxin ( gas keracunan ) dari badan oleh aliran darah itu daripada organ - organ berkenaan .

Sujud kedua pula dapat mengimbangkan sistem saraf dan menyempurnakan pengoksidenan seluruh badan . Kesannya memberi keringanan kepada badan dan emosi . 

Kesan lain ialah mengurangkan tekanan darah tinggi , menambahkan keanjalan sendi - sendi

Bagi wanita yang mengandung pula , sujud dapat membetulkan kedudukan janin di posisi yang sempurna . 

Kesan dari segi rohani pula , dapat menghapuskan ego , meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah , meninggikan ruh dan memantapkan tenaga jiwa .

Sebab itu Rasulullah saw menganjurkan agar lama dalam bersujud .


Maksud Disebalik Vokal Dan Pergerakan Solat


Duduk antara dua sujud ( gambar 5 ) , bila tumit kanan melentur dan dihimpit pula tekanan berat kaki dan badan , membantu mengeluarkan keracunan ( toxin ) dari organ hati dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar .

Manakala bagi wanita pula , mereka membiarkan badan mereka berada di atas kedua kaki yang bertapak tegak ke atas . Kesannya akan memberi keselesaan dan kerehatan yang selesa . Gerakan ini memberi kesan penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke arah bawah , memberi kelawasan kepada pembuangan najis dan mengelak sembelit

D : KESAN BACAAN DALAM SOLAT PADA KESIHATAN


Bacaan dalam solat dapat merangsang hati , kelenjar tiroid ( dan halkum ) , kelenjar pineal , kelenjar pitunitari , kelenjar adrenal dan paru - paru serta meningkatkan fungsi semua anggota zahir dan batin .

E : KESAN RUKUN TERTIB


Sebagai latihan kepada jiwa kita agar peka dengan disiplin dalam hidup . Orang yang dah biasa patuh pada disiplin dalam solat dengan sepenuh hati , dia mudah untuk disiplinkan dirinya ketika berhadapan dengan disiplin hidup , khususnya yang telah diaturkan oleh syariat Allah .


Kesempurnaan Dalam Solat


Solat yang dilakukan dengan istiqamah dan tawadu' dapat menjadikan kita muslim yang lebih dekat dengan Allah , PENCIPTANYA . Maka sebab itu , kesempurnaan dalam solat itu penting bukan sahaja untuk kesihatan malah juga pendidikan rohani serta kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah s.w.t.



~ Sumber Informasi ~





2 Responses to "Maksud Disebalik Vokal Dan Pergerakan Solat"

  1. Terima kasih perkongsian..ilmu yang berguna. Thumbs up :-))

    Solat tiang agama .

    ReplyDelete
  2. Masyaallah....banyaknya hikmah yg tersembunyi disebalik perlakuan solat. Rugi mereka yg tak solat kan Vee.....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...