PR1MA Bantu Pembeli Rumah


Assalamualaikum ...


PR1MA Bantu Pembeli Rumah | Bismillah . Harga rumah kian hari makin meningkat . Tapi sejak kebelakangan ini penjualan rumah makin perlahan . Oleh kerana kos sara hidup yang kian meningkat disamping perlaksanaan GST , kemampuan untuk membeli rumah adalah tipis . Kepada pembaca yang mahu membeli rumah tapi tak layak , ada berita baik untuk anda .



PR1MA Bantu Pembeli Rumah


PR1MA Bantu Pembeli Rumah


KUALA LUMPUR - Perbadanan PR1MA Malaysia ( PR1MA ) akan memperkenalkan program bantuan pembeli rumah pada awal tahun depan bagi mereka yang tak layak untuk mendapat pinjaman perumahan daripada bank - bank tetapi telah dipilih untuk memiliki rumah perumahan rakyat 1 Malaysia .

PR1MA


PR1MA merupakan skim perumahan mampu milik di kawasan bandar utama bagi kumpulan berpendapatan sederhana antara RM 2 , 500 hingga RM 7 , 000 sebulan . Skim PR1MA ini juga dibuka kepada pemohon yang mencari rumah kedua .


PR1MA Bantu Pembeli Rumah


Jenis Skim


Terdapat dua skim PR1MA yang ditawarkan iaitu' Pelan Sewa & Bayar ' serta ' Pelan Sewa & Tinggal ' untuk dipilih pembeli dan apabila mereka mampu mendapatkan pembiayaan bank , mereka boleh membeli rumah itu pada harga asal .


Sebagai contoh , sebuah hartanah berharga RM200,000 , pertamanya , pembeli memerlukan wang pendahuluan kira - kira RM 20,000 . 

Untuk melayakkan diri kepada pinjaman , mereka perlu mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM3,865 sebulan . Bagi hartanah berharga RM400,000 pula , jumlahnya RM 7,700 dan seterusnya . Bayaran bulanan pula antara RM 966 hingga RM1,933 .


Syarat Kelayakan


Syarat - syarat untuk anda layak memohon PR1MA adalah
  • warganegara Malaysia
  • berumur 21 tahun ke atas
  • pendapatan isi rumah diantara RM2500 hingga RM7500
  • tidak memiliki lebih dari satu hartanah 


Untuk maklumat lanjut , sila layari






~ Sumber Informasi ~




7 Responses to "PR1MA Bantu Pembeli Rumah"

  1. Moga dapat membantu mereka2 yang mahu membeli rumah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sebab kongsi maklumat begini...

    ReplyDelete
  3. kat Sabah, skim ni masih kurang.. rumah plak mahal mencecah 1/2 juta...fuhhh!
    syarat pendapatan tu kira tinggi jugak...

    ReplyDelete
  4. Betul tu rumah&tanah makin lama mahal, seb bek tmpt kerja suami dh sediakn tempat tinggal...;-)

    ReplyDelete
  5. Moga lebih ramai memiliki hartanah sendiri...

    ReplyDelete
  6. Jangan ada birokrasi dah la... Telus dan amanah dalam membuat penilaian. Kesian mereka yg masih belum dapat beli rumah tetapi ada yang dah ada 2, 3 biji rumah tetapi masih dapat peluang ni.

    ReplyDelete
  7. moga dapat membantu mereka yang memerlukan memiliki rumah sendiri

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...