Amalan Sunat , Wajib Boleh Hapuskan Dosa


Assalamualaikum ...

Bismillah . Keutaman umat Muhammad s.a.w. bahawa Allah s.w.t. selalu membuka pintu kebaikan yang menghapus dosa dan menutup keaiban mereka . Sebahagian amalan ada yang boleh menghapuskan dosa baik yang sudah terjadi mahupun yang akan datang .

Amalan Sunat , Wajib Boleh Hapuskan Dosa

Banyak amalan sunat dan wajib boleh hapuskan dosa . Anda hanya perlu lakukannya dengan hati yang ikhlas kerana Allah s.w.t. . Selebihnya adalah urusan Allah yang kita tidak ketahui . Antara amalan yang dapat membantu anda menghapuskan dosa adalah :


Amalan Sunat , Wajib Boleh Hapuskan Dosa


1- Menyempurnakan Wuduk


Amalan itu antaranya menyempurnakan wuduk . Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Tidaklah seorang Muslim menyempurnakan wuduknya , kecuali Allah akan mengampuni dosanya , baik dosanya yang telah lalu mahupun yang akan datang . "

2- Menjawab Lafaz Azan Muazin


Amalan lain yang menghapuskan dosa adalah menjawab lafaz azan muazin . Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Barang siapa yang setelah mendengar azan membaca doa : Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang tidak ada sekutu bagi - Nya dan sesungguhnya Muhamad itu adalah hamba Allah dan utusan - Nya , aku redha Allah sebagai Tuhanku , Muammad sebagai Rasul - Nya dan Islam sebagai agamaku , maka dosanya akan diampuni . "

3- Solat Sunat Tasbih 


Menunaikan solat sunat tasbih juga akan menghapuskan dosa begitu juga membaca amin dalam solat . Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Jika imam membaca amin , maka kamu sekalian pun ikut membacanya . Kerana para Malaikat pun ikut mengaminkannya . Barang siapa aminnya bersamaan dengan aminnya para Malaikat , maka dosanya yang telah lalu akan diampuni . "

4- Solat Dhuha 


Amalan lain ialah menunaikan solat sunat dhuha . Diriwayatkan :

" Barang siapa melakukan solat sunat dhuha , maka dosanya akan diampuni , baik dosa yang telah lalu mahpun yang akan datang kecuali dosa yang berkaitan dengan masalah  ' qishas ' . "

5- Membaca al - Fatihah Dan 3 Kul 


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Barang siapa membaca al Fatihah setelah imam salam dari solat Jumaat sebelum ia membukakan kakinya dari duduk iftirasy , kemudain membaca surah al Ikhlas , surah al Falaq dan surah an Nas sebanyak tujuh kali , maka dosanya akan diampuni , baik dosa yang telah lalu mahupun yang akan datang dan diberi pahala sama seperti pahala orang yan beriman kepada Allah dan hari akhir . "

Diriwayatkan dalam kitab ' Mushannaf Ibnu Abi Syaiban ' dari Asma binti Abu Bakar Siddik :

" Barang siapa yang membaca surah al Fatihah setelah solat Jumaat , surah al Ikhlas , surah al Falaq dan surah an Nas , maka ia akan terjaga sejak saat tu hingga Jumaat yang akan datang . "

6- Menghidupkan Ramadhan 


Amalan lain yang mengapuskan dosa adalah menghidupkan Ramadhan dengan menunaikan solat malam . Disebutkan dalam hadis :

" Barang siapa menghidupkan bulan Ramadhan dengan solat malam , maka dosanya akan diampuni . "

Di dalam kitab ' Sahih ' redaksi hadisnya adalah :

" Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan solat malam , maka dosa - dosanya yang telah lalu akan diampuni . " 
Adapaun dalam riwayat lain dikatakan , 

" dosa-dosanya akan diampuni , baik dosa yang telah lalu mahupun yang akan datang . "

7- Puasa Hari Arafah 


Puasa di hari Arafah juga termasuk amalan yang menghapuskan dosa seperti dijelaskan alam kitab Sahih Muslim dari Nabi s.a.w. yang bermaksud :

" Bahawa puasa pada hari Arafah akan menghapuskan dosa setahun kebelakangan dan setahun akan datang . "

Sumber : Buku La Tahzan Untuk Umat Muhammad


Allah Maha Pengampun .


Sama ada dosa - dosa yang diampunkan itu adalah dosa - dosa kecil atau pun dosa - dosa besar , tidaklah CM ketahui . Apa yang pasti Allah itu Maha Pengampun . Asalkan anda bertaubat dan memohon keampunan serta tidak melakukan dosa - dosa lagi , insha Allah , Allah akan mengampuni . Pun begitu , sebagai manusia biasa , kita tidak terlepas dari melakukan dosa sama ada sengaja ataupun tidak dalam kehidupan seharian kita . Makanya , kunci yang paling mudah adalah jangan tinggalkan solat wajib dan lakukan solat - solat sunat jika mampu lalu tadah tangan berdoa dan mohon keampunan dari Allah . Sama ada diampuni atau tidak , itu urusan Allah . Sebagai hamba Allah , tanggungjawab kita hanya beroda dan berusaha dan bertaubat .




~ Cetusan Minda ~





11 Responses to "Amalan Sunat , Wajib Boleh Hapuskan Dosa"

  1. Trima ksih untk perkongsian ni. :)

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg bermenafaat.
    Jazakillahu khairon kasiiroo.

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas perkongsian.. kecil2 lg dh diajar solat bagusnya

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Perkongsian yang baik CM.. alhamdulillah dapat pahala sharing bersama ^_^

    ReplyDelete
  5. Terima kasih berkongsi ilmu Vee....Nak harapkan pahala yg tak seberapa tu....Alahai sedih nengoknya hihi...Bagus jugaklah beramal benda sunat ni utk topup pahala huhu

    ReplyDelete
  6. nice sharing, thank you! :)

    ReplyDelete
  7. Insya allah dgn RahimNya apa2 dosa Dia boleh hapuskn kecuali dosa murtad / syirik

    ReplyDelete
  8. In shaa Allah.. t kasih atas perkongsian CM.

    ReplyDelete
  9. marilaaa jadikan amalan.. moga yang sunat amalan kecik2 ni laaa
    nak tampung lubang dosa besar..

    ReplyDelete
  10. Tq vee! Di atas perkongsian dan peringatan ini.

    ReplyDelete
  11. sama2 kita amalkan...moga kita dapat mengurangkan dosa menambahkan pahala aminnnn

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...