Assalamualaikum ...
Bismillah . Baru - baru ini datuk bandar Kuala Lumpur ada merasmikan acara berbasikal di bandar Kuala Lumpur . Tujuan berbasikal adalah untuk menggalakkan penduduk ibu kota ini melakukannya sebagai aktiviti sihat serta menggalakkan warga kota unuk berbasikal ke tempat kerja selain untuk mengurangkan kesesakkan di Kuala Lumpur . Atas tujuan itu , trek untuk penunggang basikal sedang ditambah .
Berbasikal Ke Tempat Kerja
Berbasikal ke tempat kerja bukanlah satu fenoma baru bagi negara luar seperti China , Belanda dan Jepun . Malah ada negara luar yang tidak membenarkan penggunaan kereta di dalam bandar dengan tujuan untuk mewujudkan udara yang bersih serta bebas dari segala jenis karbon disamping dapat mengelakkan kesesakan berlaku di ibu kota .
Kesesuaian Berbasikal Di Kuala Lumpur
Sekiranya berbasikal sekadar untuk beriadah , tidak menjadi masalah di bandaraya Kuala Lumpur ini . Berbasikal akan menjadi masalah apabila anda berbasikal pergi ke tempat kerja dengan membawa beg sandang yang sarat dengan benda penting seperti tablet serta dokumen yang lainnya .
Ini kerana , anda akan ditemani oleh penunggang motor yang akan merembat beg sandang anda pada bila - bila masa sahaja . Jika sekadar beg sandang sahaja yan melayang tidak mengapa . Tapi bagaimana jika tubuh anda juga turut melayang ?
Justeru itu , berbasikal di Kuala Lumpur hanya boleh dilakukan mengikut kesesuaian tujuan juga tempat yang anda akan lalui .
Keselamatan Diutamakan .
Bukan sekadar dibandaraya Kuala Lumpur sahaja perbuatan penunggang motosikal merembat beg tangan itu berlaku , malah di bandar - bandar kecil juga di kampung . Sewaktu zaman CM kecil di sekitar tahun 80an , tidak ada rasa takut untuk berbasikal keseorangan di kampung .
Tetapi sekarang , berbasikal hanya berani dilakukan di halaman rumah sahaja . Budak - budak kecil tahap sekolah rendah sudah ramai yang menunggang motosikal ke sekolah . Selebihnya , ibu bapa lebih rela menghantar dan mengambil mereka .
Keselamatan diutamakan kerana tidak mahu terjadi insiden seperti rogol , rompak dan merembat terhadap anak - anak mereka .
Begitu juga di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur . CM percaya , anda juga mengutamakan keselamatan berbanding penjimatan minyak jika berbasikal ke tempat kerja .
CM rindu sebenarnya ingin berbasikal seperti waktu kecil dulu bila pulang ke kampung halaman tapi tiada keberanian untuk melakukannya atas sebab di atas juga serta wujudnya ramai pendatang asing .
~ Cetusan Minda ~
Dengan pelbagai mcm kes yg berlaku di KL skrg ni, rasanya berbasikal ke tempat kerja tak sesuai lah ..lagi2 wanita..membahayakan.. setakat nak bersenam boleh lah...
ReplyDeleteidea menarik...tapi banyak yang perlu kaji..risiko jugak kalau nak balik malam-malam.teringat masa kat Aussie, diorang gi keje pakai roller blade je.huhuhu..
ReplyDeleteBerbasikal memang best...cuma faktor tempat dan keselamatan tak sesuai
ReplyDeleteDulu naik basikal gi sekolah. Aih rindu!
ReplyDeletecara yg sesuai juga tp keselamatan tak terjamin
ReplyDeleteya..banyak kebaikan berbasikal ..sihat dan jimat belanja
ReplyDeleteBerbasikal hari minggu di KL je waktu yg dikhususkan mmg selamat.. waktu lain agak merbahaya dan tak menyihatkan.. banyak karbon dan gas berbahaya.. :D
ReplyDeleteTeringin gak nk berbasikal ke opis..tp pe kan daya...masih belum mampu utk prektikkan..mgkin boleh wat masa ujg2 mggu..sambil bersantai...heheheeh
ReplyDeleteAssalammualaikum... vee,
ReplyDeleteberbasikal nie bagus untuk kesihatan.... cepat tanpa perlu kena traffik jamm..cuma keselamatan aje dirisaukan. Dulu jenayah tak banyak.. sekarang berbahaya. Santai2 berbasikal hujung minggu best kan..
mselim3