Assalamualaikum ...
Bismillah . Berzikir adalah amalan yang dilakukan selepas solat dengan tujuan untuk menambahkan keimanan dan ketaqwaan terhadap agama Allah s.w.t. di dalam jiwa seseorang serta menuruti sunnah Rasulnya .
Berzikir Cara Rasulullah
Di dalam hadis - hadis sahih ada meriwayatkan bahawa apabila Raulullah s.a.w. berzikir , Baginda menghitung jumlah zikirnya menggunakan tangan . Tangan yang baginda gunakan adalah tangan kanan .
Riwayat Imam Ahmad , at - Tirmizi , Abu Daud , an - Nasa'i dan al - Hakim daripada Yusairah r.a. dan dihukumkan sahih oleh Imam as - Suyuthi , iaitu sahabat perempuan dari golongan Muhajirin , katanya yang bermaksud :
" Rasulullah s.a.w. telah bersanda kepada kami , ' Hendaklah kamu bertasbih , bertahlil dan mentaqdiskan Allah s.w.t . Hitunglah zikir yang kamu ucapkan itu dengan jari - jari tangan kamu , kerana semua jari akan ditanyai ( tentang gerak kerjanya ) dan akan diminta bercakap ( sebagai saksi terhadap amalan tuannya di Hari Kiamat kelak ) . Janganlah kamu lalai daripada berzikir, ( seolah - olah ) kamu telah melupai Rahmat Allah s.w.t. "
Tangan Kanan Lebih Afdal
Dalam Islam , segala apa yang kita akukan mestilah menggunakan tangan kanan dan juga bermula dari kanan . Oleh sebab itu , menggunakan tangan kanan untuk mengira zikir adalah lebih afdal .
Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Abu Daud , at - Tirmizi , an - Nasa'i dan al - Hakim , diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Amr , katanya yang bermaksud :
" Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menghitung jumlah zikirnya dengan tangan kanannya . "
Memudahkan Anda Untuk Berzikir
Kedua - dua hadis di atas menunjukkan kesimpulan bahawa mengira zikir menggunakan tangan kanan lebih afdal daripada menggunakan tasbih (alat kira ) , anak - anak batu , biji - biji tamar dan yang sepertinya . Ini disebabkan oleh alasan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis tersebut bahawa semua jari tangan yang digunakan untuk bertasbih akan disoal oleh Allah s.w.t. dan diminta bercakap sebagai saksi bagi pihak tuannya terhadap segala amalan tasbihnya .
Boleh sahaja menggunakan tangan kiri untuk mengira zikir sekiranya ianya memudahkan anda untuk mengira bersama tangan kanan . Apa yang lebih penting , penggunaan jari - jari itu membantu memudahkan anda untuk mengira zikir .
Sumber : AMALAN SUNNAH Selepas Solat & Kelebihannya ( 144 / 145 )
~ Cetusan Minda ~
Salam Jumaat Vee
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian...
Rasulullah contoh tauladan sepanjang zaman
alhamdullilah terima kasih atas ilmu ini baru tahu penggunaan tangan lebih afdal dari tasbih yer ...
ReplyDeleteberzikir bukan atas tikar sembahyang. sambil buat kerja, mulut boleh berzikir, tapi itupun saya sering teralpa...
ReplyDeleteSalam Jumaat sis.. TQ atas perkongsian ...InsyaAllah boleh diamalkan:)
ReplyDeletejadi berzikir itu dianjurkan pakai tangan ya?? terimakasih infonya bermanfaat mbak :)
ReplyDeleteperkongsian yg baik.. ada org suka berzikir dengan untaian tasbih.. saya lebih suka jari.. tak perlu nak bawa tasbih merata...
ReplyDeleteperkongsian yg bagus.. berzikir elok diamalkan selalu
ReplyDeleteguna tangan kanan untuk kebaikan..terbaiklah
ReplyDeleteSelawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah saw...
ReplyDeletenuff je dari tadi ni hmmm
Perkongsian yg menarik..boleh kta amalkan setiap masa nihh...dpt pahala kan
ReplyDelete