Islam Menyuruh Bekerja Dengan Tekun


Assalamualaikum ...

Bismillah . Islam  merupakan agama yang murni . Ia menjadi pegangan serta asas budaya hidup berbagai - bagai bangsa . Agama Islam dikenali sebagai agama yang menyusun cara hidup yang meliputi aspek keimanan , ibadah , muamalah , siasah , sosial dan ekonomi .

Islam Menyuruh Bekerja Dengan Tekun




Firman Allah yang bermaksud :

" DAN orang - orang yang berusaha dengan bersungguh - sungguh kerana  memenuhi kehendak agama Kami , sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan - jalan Kami ( yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan ) dan sesungguhnya ( pertolongan dan bantuan ) Allah s.w.t. adalah berserta orang - orang yang berusaha membaiki amalannya . "
( Surah al - Ankabut : 69 )

Islam Menyuruh Bekerja Dengan Tekun

Seluruh kehidupan dan keperluan manusia disusun secara lengkap oleh ajaran Islam . Maka bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat , kita diperintahkan agar berusaha dan bekerja bersungguh - sungguh kerana Allah s.w.t. tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ( ar-Ra'd : 11 ) .

Meskipun kejayaan di dunia dapat dilihat dengan mata kasar menerusi kemajuan hidup seseorang individu , namun kejayaan di akhirat sebenarnya adalah lebih besar dan abadi .

Untuk itu , Islam menyuruh kita agar bekerja dengan tekun dan jangan menyeleweng dari landasan Islam serta tidak takut kecuali kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. adalah pemilik segala yang ada di langit dan di bumi dan tiada siapa yang dapat menahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. 

Meskipun begitu dalam kita mencari kehidupan di dunia , jangan pula kita lupa tentang khidupan di akhirat kerana di samping Islam menyuruh kita agar bekerja dengan tekun , ia juga menyuruh kita agar mengejar kehidupan di akhirat atau dengan perkataan lain , menyeimbangkan antara keperluan dunia dan akhirat .


Dunia Dan Akhirat Perlu Seimbang


Islam melarang kita mengutamakan dunia lebih dari akhirat dan begitulah sebaliknya . Bahkan kita hendak mengutamakan kedua - duanya sekali kerana dunia adalah tempat kita menyediakan bekalan untuk ke akhirat . Makanya , dunia dan akhirat perlulah seimbang .

Oleh itu , gunakanlah kesempatan yang ada untuk berbuat kebajikan kepada Allah s.w.t. dan bekerjalah dengan niat untuk beribadah kepada Allah s.w.t. kerana sesungguhnya setiap sesuatu yang disandarkan kepada Allah s.w.t. pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal .


~ Cetusan Minda ~


6 Responses to "Islam Menyuruh Bekerja Dengan Tekun"

  1. Betul.. kena sungguh-sungguh serta dengan niat kerana Allah. Sekaligus ia dikira pahala.

    Anak kerap demam batuk. Apa yang ibu perlu lakukan?

    ReplyDelete
  2. Seharusnya bekerja dengan tekun..
    Semoga hasil nya sentiasa berkat

    ReplyDelete
  3. ... kerana disitu lahirnya sumber yg halal...

    ReplyDelete
  4. Assalam..lama kak nah xziarah sini..

    ReplyDelete
  5. Teringat ustaz saya dulu cakap.. kerja tu ibadah. Jadi kenalah tekun dan khusuk mcm kita beribadah spt solat.. barulah diterima ibadah kerja tu. In shaa Allah..

    ReplyDelete
  6. wasathiah dalam kehidupan itu penting....supaya hidup lebih seimbang...kerja jugak 1 ibadah....so bekerja la dengan tekun....baru la hidup berkat

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...