Berlapang Dada


Assalamualaikum ...

Bismillah . Masih ada lagikah perang GST di wall Facebook anda ? CM sekadar memerhati sahaja mereka yang meluahkan rasa tidak puas hati , tertipu dan ditipu . Lebih ramai yang meroyan berbanding yang menerima perlaksanaan GST dengan berlapang dada .

Berlapang Dada


Malaysia adalah negara terakhir di Asia Tenggara yang melaksanakan GST berbanding negara jiran . CM tak tahulah bagaimana reaksi rakyat negara jiran bila kerajaannya melaksanakan GST dulu . Tapi hanya satu yang pasti , walaupun jurang perbezaan antara miskin dan kaya sangat ketara , mereka hidup dengan baik sahaja . Maknanya mereka terima dengan berlapang dada dan yakin kerajaan akan gunakan GST itu untuk rakyat dan negara .

Peniaga Ambil Kesempatan


Sejak GST dilaksanakan , CM melihat ramai peniaga mengambil kesempatan . Bab ini memang siapa pun tak boleh nak berlapang dada kan . Akibatnya , pengguna rasa tertipu dan marah lalu kemarahan itu dihamburkan pula kepada kerajaan . Mereka ini menganggap GST mebebankan dan kerajaan pula tidak cekap dalam melaksanankannya . Bagi CM kalau SST yang 5 hingga 10 peratus itu digantikan dengan GST yang hanya 6 peratus , ianya lebih baik . Malah sama kadarnya untuk semua jenis perniagaan . 

Beri Masa 


GST baru beberapa hari dilasanakan . Jadinya masih banyak kepincangan dan cacat cela di sana sini . Makanya , berlapang dada lah dan beri masa pada kerajaan membetulkan dan menangani masalah peniaga yang ada agenda , degil dan tamak haloba itu . Setiap sistem itu sudah tentu ada kekurangan dan kelebihannya .

Harta Dunia


CM ni masih bujang . Jadinya perbelanjaan hanya untuk diri sendiri saja . Maka tidak ada istilah mebebankan . Tapi bagi CM RM itu cuma sekadar harta dunia . Anggap sahajalah Allah ambil RM yang dipinjamkan kepada kita melalui sistem GST . Tak akan miskin kalau kita redha . Tapi kita akan rasa kesempitan kalau berkira dengan RM itu .



Terima kasih Zumal atas penghargaan ini .
Pada sesiapa yang belum mengenali blog Dunia Zumal ,
boleh lah klik sahaja di SINI




~ Cetusan Minda ~



8 Responses to "Berlapang Dada"

  1. Betul juga tu... Ujian dunia yg hnya sementara je kan..

    ReplyDelete
  2. Apa pun..kena berlapang dada dan terima dengan redha..Somoga akan di tambah rezeki lagi dan diberi kecukupan....aamiin
    Tahniah CM..dpt cenderahati

    ReplyDelete
  3. Gst penting sbb tu akan jd sumber kewangan kerajaan..cuma yg x puas hati bila boros uruskan sumber kewangan negara..

    ReplyDelete
  4. Org marah kerana bila 1 benda naik semua benda naik..bila 1 benda turun semua benda xturun..jujurnya aku masih belum terasa kesan lg terhadap implementation on GST. Mungkin nnt.

    ReplyDelete
  5. benda dah berlaku... nak tak nk kena berlapang dada...

    dahsyat zu mal.. siap dengan pingat.. heheh

    ReplyDelete
  6. mungkin tempoh ms sblm melaksana GST tu perlu panjang. belum genap 2 thn lg. ramai yg masih tak fhm dan keliru. timing pelaksanaan pn x kena di saat kewangan x berapa nk bgs

    ReplyDelete
  7. GST mmg bagus cuma perlaksanaannya shj takut pergi ke lain.. wallahualam. Nuff pun merajuk dah sbb gst...

    ReplyDelete
  8. jika di fikir pasal GST mmg menyakitkan..so pejam mata je lah...nikmat dan rezeki Allah itu luas..

    ohhh CM pun dapat dari Zumal eh...bro KK pun dapat.JM? x dapat sob sob sob..tak pe lah..JM redho heeee

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...