Kebaikan Derma Darah


ASSALAMUALAIKUM ...

Derma darah diperlukan dengan tujuan untuk membantu pesakit yang memerlukan bantuan darah . Selalunya pesakit yang kehilangan banyak darah disebabkan kemalangan dan melalui pembedahan . 


Kebaikan Derma Darah

Kebaikan Derma Darah


Kalau ahli keluarga anda memerlukan darah tambahan , adalah lebih baik darah itu dari kalangan saudara mara atau orang sekeliling yang dikenali untuk mengelakkan dari menerima darah dari yang kita tidak tahu latarbelakangnya . Derma darah ni banyak kebaikannya . Antaranya , 

1- Menangani Ancaman Kanser . 


Pusat Miller - Keystone mendapati bahawa derma darah dapat mengesan berlakunya pengurangan tekanan oksidatif . Ini disebabkan sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser .

2- Meningkatkan Pengeluaran Sel Darah Baru


Apabila darah keluar, sel tertentu dalam darah akan turun . Untuk menampung yang kurang , tulang sum sum akan keluarkan sel baru . Maka darah baru lebih bermutu .

3- Membantu Melawan Hemochromitosis


Hemochromitosis adalah gangguan genetik atau gangguan zat besi sarat yang berkumpul dalam tisu badan kerana metabolisme besi yang tak sempurna . Hasilnya akan membawa kepada kerosakan organ .

4- Membakar Kalori


Kalau anda mahu kalori anda kerap dibakar , maka rajinkanlah menderma darah . Ini kerana 1 pain darah ( 450 ml ) dapat membakar 650 kalori . Tetapi anda kena pastikan selepas menderma darah , anda kawal pemakanan anda sebab selepas menderma darah , anda akan berasa lapar .

5- Baik Untuk Obesiti


Kajian dari Jerman mendapati bahawa orang gemuk dengan sindrom metabolik ( sakit jantung , tambah risiko strok , arteri koronari , diabetis jenis 2 ) , mengalami penurunan tekanan darah disamping turunkan risiko sakit jantung .

Menderma Untuk Membantu 


CM pernah menderma darah . Cuma selepas derma arah , CM rasa sangat lapar . Menderma darah ni adakalanya kita pandang sepi saja sebab macam tak perlu tapi sebenarnya dapat membantu ramai pesakit . Kalau derma darah itu dapat bayaran , mesti ramai yang nak derma kan . Tapi dah tak jadi derma darah la . Ianya akan disebut sebagai jual darah !



~ Cetusan Minda ~








8 Responses to "Kebaikan Derma Darah"

  1. sy belum pernah derma darah ;-(

    ReplyDelete
  2. Salam, sayang saya tak boleh jadi penderma darah.

    ReplyDelete
  3. Banyak kebaikan bila menderma darah ni..pahala pun dapat.. akak pernah lah juga menderma.. jenis O...
    Salam Jumaat sis :)

    ReplyDelete
  4. Suami sy dulu penderma darah tegar hgg dpt sijil khas dr pusat darah... Tapi lpas dia migrain teruk.. X blh derma lagi...

    ReplyDelete
  5. Tahun ni mmg saya bercadang nak derma darah.. mungkin sblum puasa ni, in shaa Allah.. :D

    ReplyDelete
  6. Tak pernah derma darah..macam nak cuba..tapi takut

    ReplyDelete
  7. Bagus info ni.. Pernah derma darah 2 3 kali saja.. Tapi memang puas bile dapat derma. Memula memang takut. Tapi lepas tu terbit perasaan syukur moga sumbangan kite mampu menyelamatkan nyawa seseorang sbb kite tak tahu bile pulak giliran kite kan perlukan darah?

    ReplyDelete
  8. dh lama xmenderma darah....ada peluang nnti nak menderma jugak lah hihihih

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...