Memperolok-olok Agama Sifat Munafik


Assalamualaikum ...

Memperolok-olok Agama Sifat Munafik | Bismillah . Memperolok - olokkan urusan agama iaitu mengaku beriman dihadapan orang - orang beriman tetapi kufur dibelakangnya adalah sifat orang yang munafik .


Memperolok-olok Agama Sifat Munafik


Firman Allah yang bermaksud :

" ALLAH ( membalas ) memperolok - olok mereka , dan membiarkan mereka meraba - raba dalam kesesatan mereka ( yang melampaui batas itu ) . "
( Surah al - Baqarah : 15 )

Memperolok-olok Agama Sifat Munafik


Orang yang bersifat memperolok-olokkan agama ini menyangka bahawa Allah tidak mengetahui apa yang mereka lakukan , sedangkan Allah s.w.t. amat mengetahui setiap apa yang dilakukan oleh hamba - Nya .

Mereka yang memperokok - olokkan agama ini tidak memahami kehendak dan matlamat pengakuan keimanan kita .

Oleh kerana mereka tidak mengendahkan kewujudan Allah yang MAHA mengetahui itu , maka Allah s.w.t. akan mengabulkan apa yang diminta oleh mereka , iaitu memperolokkan kebenaran dan hidup dalam kesesatan .

Cerminan Watak Individu


Setiap tingkah laku dan percakapan yang dipertuturkan merupakan cerminan kepada watak sebenar individu . Dengan sebab itu , orang yang sentiasa meminta hidayah akan diberi petunjuk- Nya dan orang yang hidup dalam kesesatan akan dapat apa yang diminta .





7 Responses to "Memperolok-olok Agama Sifat Munafik"

  1. Ada yg makin menjadi2 sifat memperolokkan agama ni... moga mereka di beri hidayah oleh Allah...

    ReplyDelete
  2. Nauzubillah..
    Semoga kita sentiasa diberikan petunjuk serta hidayahNya.

    ReplyDelete
  3. Semoga kita semua tidak tergolong dikalangan org2 munafik ini... aamiin ya Allah...

    ReplyDelete
  4. Ada orang kata sesetengah ustaz suka memperolok agama dengan memberi contoh melampau terhadap sesuatu peristiwa seperti kata Nabi makan roti jala...

    ReplyDelete
  5. mintak dijauhkan la...orang Munafiq ni lebih dahsyat dari orang kafir.

    ReplyDelete
  6. Semoga kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk...aamiin

    ReplyDelete
  7. allah melihat segalanya.. moga dihindar berkelakuan mcm ni

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...