Assalamualaikum ...
Bismillah . Macam - macam jenama bedak bayi ada di pasaran . Antaranya Johnson's , Pureen dan Anakku . CM sebenarnya tidak setuju bayi diperkenalkan atau dengan perkataan lain , Bedak bayi selalunya digunakan untuk mengelakkan ruam di alat sulit bayi apabila menggunakan lampin .
Bedak Bayi Banyak Membantu
Tahukah anda bahawa bedak bayi banyak kegunaannya selain untuk mengelakkan ruam pada bayi ? Tak perlu CM bercerita panjang , mari kita teroka manfaat bedak bayi yang anda boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian anda .
1- Meluruskan Rambut
Apabila rambut anda kusut , cuba sapukan bedak bayi ke atas rambut tersebut . Selepas itu , cuba anda leraikan menggunakan jari - jari anda . Mudah bukan .
2- Menyegarkan Bau Perabot
Taburkan bedak bayi di bahagian bawah pintu sebelah dalam perabot anda . Selepas beberapa ketika , cuba anda hidu , adakah bau hapak masih ada atau sudah digantikan dengan wangian bedak bayi anda ?
3- Menghalau Semut
Sekiranya anda melihat semut banyak berkeliaran di dapur anda , taburkan bedak bayi di situ . Dengan rela hati , semut akan pergi meninggalkan dapur anda .
4- Hilangkan Kesan Minyak Pada Baju
Sekiranya anda dapati ada sisa makanan berminyak terkena baju anda , taburkan bedak bayi pada sisa tersebut . Biarkan minyak tersebut meresap seketika pada bedak . Selepas itu barulah dicuci dengan sabun .
5- Menghilangkan Pasir Pada Kaki
Selepas anda bercanda di pasiran pantai tanpa kasut atau sandal , sudah tentu anda mahu menghilangkan pasir tersebut dari kaki anda . Selain menggunakan air , anda juga boleh menghilangkan pasir di kaki hanya dengan menggunakan taburan bedak bayi .
6- Menebalkan Bulu Mata
Anda tidak puas hati dengan bulu mata anda yang nipis ? Anda boleh saja cuba cara ini untuk menjadikan ianya kelihatan tebal . Taburkan bedak bayi selepas menggunakan maskara supaya setiap bulu mata itu tidak melekat antara satu sama lain . Jadinya bulu mata akan kelihatan lebat .
7- Buang Bau Pada Kasut
Sebelum anda sarungkan kasut ke kaki anda , taburkan dahulu bedak bayi di dalamnya supaya bau busuk dalam kasut dapat diserap . Kaki anda juga akan berbau segar sepanjang hari .
8- Elak Melecur
Sekiranya anggota badan anda terkena minyak atau air panas , segeralah tabur bedak bayi keatasnya . Bedak bayi dapat halang kulit anda dari melepoh atau melecur . Yang kelihatan hanyalah kulit mati sahaja . Yang ini CM dah cuba . Memang berkesan .
Bedak Bayi Banyak Manfaatnya
Hanya dengan sebotol bedak bayi , banyak masalah kecil dalam kehidupan seharian dapat kita atasi . Bedak bayi banyak membantu anda dalam kehidupan sekiranya anda tahu bila perlu digunakan . Semoga manfaat bedak bayi ini dapat membantu anda .
~ Cetusan Minda ~
byk manfaatnya ye
ReplyDeletefirst time saya dengar bedak bayi dapat hilangkan bau kasut & lebatkan bulu mata.. i mean, biar betik ni?? macam boleh cuba ke ni CM? hehe.. ^_^
ReplyDeleteT.kasih Vee.
ReplyDeleteByk rupanya kegunaan bedak bayi ni.
Jazakillahu khairon kasiiroo..
Lagi satu bolih digunakan sebagai deodoran...jika dibandingkan pergunaan bedak wangi yang menambah berkapam baunya bawah lengan jika bercampur baur dengan peluh...
ReplyDeletePerkongsian yang bagus. Banyak kegunaan lain rupanya bedak bayi ni. Ingat kot pakai kat baby jer. Hehe
ReplyDeleteSalam sis..harap sis sihat..lama tak berkunjung ke sini..
ReplyDeletewah! banyak juga khasiat bedak bayi ni ye... bagus lah..:)
Baru saya tahu ttg manfaat bedak bayi ni.. thanks sharing CM.. sayangnya nuff takde yg bermanfaat pulak ptg2 ni huhu
ReplyDeleteBau bedak pureen tu mengingatkan saya pada zaman kecik2 dulu...nostalgia
ReplyDeleteKena pilih bedak carry junior. Sedap sikit baunya. :)
ReplyDeletemasa dulu2 selalu buat yg no.4 tuhh...terutama time sekolah..lepas mkan...minyak terpercik kt tudung....adehhh....bedak memainkan peranan penting masa tuhhh hehehhe
ReplyDelete