Assalamualaikum ...
Bismillah . Setiap umat Islam mestilah memahami kaedah dan tatacara yang dijelaskan dalam hukum bersuci bagi memastikan ibadah solat yang ditunaikan diterima oleh Allah dan memberi kesan kepada diri sendiri .
Tujuan ibadah yang dilakukan itu adalah untuk menyucikan rohani , jasmani orang - orang beriman , lebih - lebih lagi dalam melakukan ketaatan melalui ibadah solat .
Firman Allah yang bermaksud :
" Wahai orang - orang yang beriman ! Apabila kamu bangkit untuk mengerjakan solat , maka hendaklah kamu basuh muka kamu dan kedua - dua tangan kamu sampai kepada siku dan hendaklah kamu sapu sebahagian daripada kepala kamu dan basuh kaki kamu sampai kepada dua buku lali dan jika kamu berhadas besar maka hendaklah kamu bersuci ( dengan mandi ) dan jika kamu sakit atau dalam persafiran , atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air atau kamu saling bersentuh dengan perempuan , sedangkan kamu tidak mendapat air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang suci , iaitu sapulah muka kamu dan tangan kamu dengan tanah itu . Allah tidak sekali - kali berkehendak untuk menjadikan sebarang kesukaran kepada kamu , tetapi dia berkehendak untuk membersihkan kamu dan untuk menyempurnakan nikmatnya kepada kamu supaya kamu bersyukur . "
( Surah Al Maidah : 6 )
Kaedah Dan Tatacara Bersuci
Ayat di atas adalah dalil kewajipan bersuci , berwuduk dan bertayamum untuk mengerjakan solat . Solat ialah ibadah utama yang menjadi pertemuan diri dengan Allah s.w.t. Justeru , ia mestilah didirikan dalam keadaan suci jasmani dan rohani .
Kaedah dan tatacara bersuci inilah yang telah dijelaskan dalam perbahasan ilmu fikah . Ia mestilah dilaksanakan mengikut rukun dan kaedah yang telah dijelaskan oleh syarak .
Dalil di atas dibahaskan oleh ulama fikah dan ia menjelaskan kepada umum mengenai kaedah bersuci .
Mengambil wuduk seperti yang dinyatakan dalam ilmu fikah mestilah didahului dengan tertib seperti mana yang dijelaskan seperti ayat di atas . Begitu juga dengan bertayamum dan mengangkat hadas besar . Semuanya mempunyai kaedah yang dijelaskan oleh syarak .
Dilakukan Dengan Sempurna
Ibadah solat tidak sempurna jika dilakukan tanpa bersuci terlebih dahulu . Oleh yang demikian , individu muslim semestinya memastikan kaedah bersuci ini dilakukan dengan sempurna .
Kaedah untuk bersuci telah dinyatakan secara jelas dalam al- Quran dan Sunnah . Sewajarnya setiap umat Islam memberi perhatian kepada ibadah ini bagi memastikan kesempurnaan ibadat yang dilakukan .
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
~ Cetusan Minda ~
Salam weekend sis.. tq berkongsi ilmu.. moga segala amalan kita dpt dilakukan dgn sempurna..
ReplyDeleteKita lahir dalam keadaan suci, bersolat juga perlu jaga kesucian dan bila mati kita akan dimandi dan disuci sebelum dimakamkan...
ReplyDeleteperkongsian yg baik.. sama2 kia ambil manfaat.. :)
ReplyDeleteSaya pernah jumpa org berusia 50an yg masih tak tau apa tu bersuci... kesian..
ReplyDeletecuci rambut dgn sunsilk sambil berselfie.. :)
Perkongsian.yg baik..
ReplyDeleteSatu perkara yg tidak boleh dianggap remeh sbb ia juga akan menentukan kesempurnaan ibadah yg lain...
bersuci dengan sempurna tu penting....nnti ssh nak beribadah....kdg ada sesetengah dari kita ambik ringan jer bila bab bersuci nihhh
ReplyDelete