Islam Tidak Membebankan


Assalamualaikum ...

Bismillah . Islam sebagai agama yang syumul amat menitikberatkan keperluan dan kebajikan umatnya . Ajaran yang terkandung di dalamnya mudah dan tidak mebebankan penganutnya untuk memahami dan mengamalkannya .

Firman Allah yang bermaksud :

" MAKA sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapatkan kesenangan ( Syurga ) .
( Surah al - Lail : 7 )


Islam Tidak Membebankan


Islam Tidak Membebankan


Kita sebagai orang Isam hanya perlu menurut segala suruhan Allah dan menjauhi larangan - Nya untuk mendapatkan kesenangan yang kekal abadi di akhirat nanti . Bagi mereka yang sentiasa redha dan ikhlas pula begitu merasai ketenangan walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam menegakkan agama Allah itu .

Tiada kepayahan , kesusahan dan kesukaran dalam beribadah . Allah telah memfardukan ibadat dalam keadaan mudah bagi meringankan umatnya dan bersesuaian pula dengan keupayaan kita sebagai manusia .

Firman Allah yang bermaksud :

" ... Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran ...
( Surah al - Baqarah : 185 )

Pelbagai kemudahan diberikan dengan mengadakan rukhsah dan kafarah bagi mereka yang tidak upaya beramal sebagai contoh , mereka yang tidak mampu berwuduk kerana faktor tertentu dibolehkan bertayamum . Begitu juga mereka yang bermusafir dibenarkan menunaikan solat secara jamak dan qasar .

Islam Itu Mudah


Anggapan sesetengah pihak yang mengatakan Islam itu membebankan adalah tidak benar kerana ajaran Islam begitu mudah diikuti dan diamalkan . Walau bagaimanapun ia terpulang kepada kita untuk mengusahakannya .

Sekiranya kita memiliki jalan ketaqwaan dan meninggalkan larangan - Nya , Insha Allah kita mendapat kemudahan untuk sampai ke syurga .

5 Responses to "Islam Tidak Membebankan"

  1. Islam tidak membebankan.
    Jika kita renungi, apa yang menjadi suruhan atau larangan, pastinya membawa kebaikan dan ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  2. Islam itu mudah & indah...:)

    ReplyDelete
  3. hanya org yg memahami je akan cakap islam itu mudah...sedih...ramai org muslim tetapi tidak mengamalkan cari hidup Islam

    ReplyDelete
  4. Bagi yg tidak mengenali Islam @ kurang mengenalinya, pasti mengatakan bahawa agama kita ini radikal dan begitu ketinggalan.. :'(

    ReplyDelete
  5. kalau Islam itu berat, ia sm mcm undang2 ciptaan manusia...lbh byk menyusahkan drpd menyenangkan

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...