Assalamualaikum ...
Bismillah . Ada pelbagai jenis posisi tidur . Ada yang selesa dengan posis tidur terlentang , ada juga yang suka posisi tidur mengiring malah ramai juga yang gemar posisi meniarap . Antara tiga jenis posisi itu , Rasulullah s.a.w lebih suka posisi tidur mengiring ke sebelah kanan dan terlentang dengan kaki bersilang kanan di atas kiri .
Dari Abu Zar ra.beliau mengatakan:“Suatu hari Nabi :saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku sedang tidur secara meniarap (tidor atas perut).Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Zar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Keburukan Tidur Meniarap
Dari sudut Islam , tidur meniarap adalah posisi tidur yang digemari syaitan dan merupakan posisi tidur penghuni neraka . Manakala dari sudut kesihatan , posisi tidur meniarap akan menghimpit jantung anda dan menggangu jantung anda untuk berfungsi dengan baik . Selain itu , banyak lagi kesan buruk pada kesihatan seperti :
1- Sleep Apnea
" Sleep apnea " merupakan keadaan dimana pernafasan akan berhenti dan berjalan dengan kerap / berulang - ulang . Keadaan ini berlaku pada anda yang berdengkur dengan kuat ketika tidur juga mereka yang menghidapi asma . " Sleep Apnea " boleh membahayakan nyawa anda .
2- Masalah Sakit Belakang
Apabila anda meniarap , perut anda terpaksa menampung segala berat badan anda . Keadaan itu kan menyebabkan berlakunya masalah sakit belakang .
3- Otak Jadi Lembap
Bila anda bernafas , keadaan hidung anda yang dekat dengan bantal menyebabkan gas karbon dioksida yang di hembuskan akan anda disedut semula . Gas ini boleh menyebabkan otak anda lambat berfikir .
4- Boleh Melemaskan
Posisi tidur ini tidak baik untuk bayi kerana boleh menyebabkan bayi sesak nafas apabila mukanya menghadap bantal seterusnya membawa kepada kematian .
5- Mengendurkan Payudara
Bagi wanita , posisi tidur meniarap akan menyebabkan payu dara anda mudah mengendur .
6- Sakit Tengkuk
Bentuk kepala dan badan yang lebih menonjol menyebabkan tengkuk anda berasa sakit . Ini kerana tengkuk ada perlukan sokongan seperti bantal untuk setara dengan kedudukan kepala dan badan .
Sunnah Rasulullah Yang Terbaik
Justeru itu , posisi tidur yang digemari Rasulullah seperti mengiring ke sebelah kanan adalah lebih baik walaupun selalunya dalam keadaan tidur , posisi kita berubah - ubah tanpa sedar .
Seperti kata Imam Ibnul Qoyyim:
“ Adalah Nabi tidur dengan berbaring kekanan (mengiring) dan beliau meletakkan tangannya yang kanan dibawah pipinya yang kanan “
~ Cetusan Minda ~
Nice info.. lepas nie insha Allah akan cuba2 x tdow tiarap lg.. hukhukhuk
ReplyDeletebahaya nyer,.
ReplyDeletePatutlah sebelum ni pas bgn tido rsa belakang sakit..salah cara tido rupanye..huhu
ReplyDeleteBaru Zumal tahu kenapa selalu sesak nafas rupanya pasal posisi tidur yang tak kena...
ReplyDelete