Manfaat Rempah Sup


Assalamualaikum ...

Bismillah . Rempah dalam sup memainkan peranan penting dama memberikan rasa yang enak . Rempah dalam sup juga ada pelbagai mengikut jenis sup yang dimasak . Rempah sup masakan Melayu sudah tentu berbeza dengan rempan sup masakan Cina , India , Eropah juga Asia . 

Jenis Rempah Sup


Dalam masakan Melayu jenis rempah sup yang digunakan adalah seperti kayu manis , bunga lawang , buah pelaga , cengkih , halia dan serai . Manakala dalam masakan India pula , sudah sinonim dengan ketumbar , jintan putih , jintan manis , masala selain dari kulit kayu manis , buah pelaga , sengkih dan bunga lawang . Orang Cina pula lebih selesa dengan halia , bawang putih dan kurma kering sebagai rempah asas . Di barat , jenis rempah mereka agak berbeza seperti daun bay , rosemary dan thyme .


Manfaat Rempah Sup


Manfaat Rempah Sup 


Bahan - bahan rempah sup di atas , apabila disatukan dengan sumber protein dan sayuran dalam sup , akan memberi manfaat kepada pemakannya seperti 

1- Membantu mengatasi masalah penghadaman

Sup sangat bermanfaat untuk mengatasi masalah penghadaman bagi penghidap autism , Sindrom Usus Bocor ( Leaky Gut Syndrome ) , Sindrom Usus Rengsa ( Irritable Bowel Syndrome ) .

2- Mencegah infeksi berpunca daripada virus demam selsema ( colds ) .

Pemakanan sup bagi penghidap demam selsema dapat meredakan  simpton demam selsema .

3- Meredakan inflasi dan keradangan 

4- Bersifat anti-virus  

Selain itu juga bersifat anti-bakteria , anti-tussive ( anti-batuk ) , anti-piretik ( cegah atau redakan suhu tinggi akibat demam ) , anti-kekejangan dan redakan hidung tersumbat .

5- Memperkukuh struktur dan fungsi sendi

6- Memperkukuh struktur tulang

Sup didapati mengandungi paras kalsium yang tinggi di samping magnesium , fosforus dan nutrien - nutrien lain yang membantu memelihara kesihatan tulang .

7- Mempertingkatkan kesihatan kuku dan rambut 

Sup Makanan Super


Manfaat dan khasiat pemakanan sup yang sangat banyak kepada manusia menjadikan hidangan sup dianggap sebagai makanan super oleh pakar nutrisi . Justeru itu jadikanlah sup sebagai hidangan utama dalam setiap menu masakan anda . CM perhatikan dalam drama Korea , sup kelihatan sentiasa ada dalam menu hidangan mereka . Apa kata selepas ini , kita pula melakukannya .



~ Cetusan Minda ~





9 Responses to "Manfaat Rempah Sup "

  1. buat juga kalau tahu anak demam tak kalau buat nasi ayam sup ini wajib buat baru lengkap menu nasi ayamnya

    ReplyDelete
  2. aah kan. jepun sama..sup jer..sebb tulah depa ni sehat2, kulit pun cantik..

    ReplyDelete
  3. ohh banyak plak khasiat rempah sup ni kan sis...

    ReplyDelete
  4. Saya mmg suka sup.. layan tu klu makan dgn roti putih. Bukan roti tahaf gardenia tu tapi yg roti potong murah tu... fuhh best.. :)
    Nuff je tak best..

    ReplyDelete
  5. huihhhh...suppp....mkn panas2....time demam sgt sesuai.... hhihi

    ReplyDelete
  6. Makan sup nie bagus rupanya...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...