Assalamualaikum ...
Bismillah . XiddiG merupakan telco baru di pasaran yang menggunakan rangkaian DiGi . Kemuculannya dalam industri telco adalah untuk memberi saingan sihat . XiddiG dikendalikan oleh XiddiG Cellular Communcations Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada Ogos 2012 . Hampir tiga tahun XiddiG berada di pasaran tapi CM baru tahu hari ini . Mungkin kerana kurangnya promosi di media .
XiddiG Lebih Jimat
Disebabkan permintaan kad prabayar tinggi di pasaran disamping pasaran perniagaan telco yang luas , maka XiddiG menawarkan simkad pek ekonomi . XiddiG tampil dengan menawarkan simkad prabayar yang berdurasi selama 365 hari .
Selain itu XiddiG memberikan pakej bonus kepada pelanggannya sebanyak 10 peratus bagi setiap tambah nilai yang pelanggannya lakukan .
Malah XiddiG juga menawarkan plan data internet yang murah dengan menawarkan kuota bermula daripada RM1/hari ( 30MB ) , seterusnya RM5/seminggu ( 150MB ) , RM18/sebulan ( 600MB ) , 1.2MB sehinggalah 2.4MB . Pelanggan XiddiG juga dapat menikmati penjimatan internet tanpa had apabila tidak perlu membayar caj tambahan apabila kuota yang pelanggan beli melebihi jumlah yang ditetapkan .
Lebih Berbaloi
Kehadiran XiddiG dipasaran diharapkan lebih berbaloi kepada penggunanya . Selama ini banyak hal yang telah dilakukan oleh telco untuk mengaut keuntungan tanpa pedulikan rungutan pengguna . Jika dilihat dari pakej yang ditawarkan bersama kelebihannya , CM andaikan XiddiG adalah penyelamat kepada pengguna yang dihimpit GST . Ini kerana internet dan telefon sudah menjadi keperluan utama manusia di zaman ini .
Cuma CM harapkan , promosi XiddG lebih meluas supaya pelanggan dapat lebih mengenalinya . Tetapi kalau kawasan liputannya sekadar di kawasan bandar besar , susah juga pelanggan nak guna . Apa - apa pun , kita tunggu je perkembangan terbaru XiddiG nanti .
~ Cetusan Minda ~
yalah..ada pakej yang murah ..bagus tu..
ReplyDeleteakak pun tak pernah dengar nih..baru pertama kali mendengarnya..
ReplyDeleteohh baru tahu
ReplyDeleteSekarang nie dah banyak pilihan untuk pengguna yer CM...
ReplyDeleteohhh baru ye sis XiddiG ni... boleh lah nak servay2 dulu...
ReplyDeleteOoooo..ada yg baru ehhh...hopefully leh bersaing dengn yg sedia ada...
ReplyDeleteoh hooo...cabaran kpd telco lain
ReplyDeletetq sharing..memberi peluang kpada kita mmebuat perbandingan
ReplyDeletesevis yg jual oleh syarikat kmunikasi.. brulah dpt yg terbaik :P
Baru dgr psl Xiddig ni sis..
ReplyDeleteSaya pun baru je tahu ni.. Thanks sharing info CM.
ReplyDeleteFirst time baca pasal ni. Thanks for the info. Semenjak ada handphone, saya cuma guna line celcom. Boleh juga survey2 yang lain ni
ReplyDeletetq CM atas review ...sapa2 yg berminat, boleh terus wasap ke 011-247-0747.RM10 shj.CM boleh wasap juga...ada hadiah..
ReplyDelete