Assalamualaikum ...
Bismillah . Sudu adalah alat yang digunakan untuk mengambil makanan . Sudu juga digunakan sebagai alat untuk membawa makanan ke dalam mulut menggantikan jari , penyepit juga garfu . Satu ketika dahulu , sudu dibuat dari kayu . Kini , seiring dengan peredaran zaman , kini sudu ada yang diperbuat dari tembaga , perak ,emas , plastik dan sebagainya .
Kitar Semula : Sudu
Orang biasa seperti CM melihat sudu hanya sebagai alat digunakan di meja makan . Kalau CM melihat sudu yang sudah tidak cukup sifat dan tiada keperluan untuk menggunakannya lagi , tong sampah adalah tempat yang paling sesuai .
Bagi orang yang memiliki daya kreativiti yang tinggi , lain pula hasilnya . Dengan kerativiti yang mereka miliki , sudu boleh dikitar semula menjadi satu hasil seni yang menarik . Seni deko berasaskan sudu sebenarnya boleh menghasilkan pelbagi jenis produk seperti di bawah :
Hasil Seni Kitar Semula Menggunakan Sudu
Bingkai Cermin
Bingkai Jam
Bunga Tulip
Vas Bunga
Lampu Hiasan
Pendapatan Sampingan
Bila CM lihat semua hasil seni menggunakan sudu di atas , ianya sangat indah . Tapi sayangnya , CM tidak ada kerajinan dan kreativiti untuk melakukannya . Bagi anda yang berminat dengan kerja tangan dan hasil seni seperti di atas , sudah tentu hasil kerja tangan menggunakan sudu ini boleh menjadi pendapatan sampingan . Dengan adanaya media sosial , anda boleh sahaja menjualnya dengan mudah .
~ Cetusan Minda ~
tersangatlahhhh kreatif!
ReplyDeletekitar semula sudu kfc boleh ni kan...
ReplyDeleteyg vee tayang tu..sudu cantik tu
cantikknya sis..tak terfikir pun sudu akan jadi mcm ni:)
ReplyDeletelawwah...
ReplyDeletecANTIK... kreatif dan cantik pada yang pandai
ReplyDeletewah...kreatif mereka ni ye
ReplyDeletesaya tak terfikir pun =)
chanteknyerrr....senduk pon leh buat cenggitu kan...hihiih
ReplyDelete