Kelebihan Malam Nisfu Syaaban


Assalamualaikum ...

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban | Bismillah . Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang ke 15 dalam bulan Syaaban . Malam yang dikatakan nilainya lebih baik dari seribu bulan . Banyak kelebihan yang boleh didapati bagi mereka yang mencari .


 Kelebihan Nisfu Syaaban

Hadis - Hadis Tentang Kebaikan Malam Nisfu Syaaban


Banyak hadis yang menyatakan tentang kebaikan malam Nisfu Syaaban . Antaranya seperti dibawah ini .

1- Berkata Imam Syafii rahimahullah :

Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam jumaat, malam i'dul Adha, malam i'dul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban
(Sunan Al Kubra Imam Baihaqi juz 3 hal 319).

2- Dr Yusuf al-Qaradawi mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:

“ Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka ”   (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

3- Sabda Rasulullah SAW: 

Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. "
Allah SWT berfirman: 
 Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar ? ”  (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban


1) Malam Yang Mulia Selepas Malam Lailatulqadar .


Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata:

"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban. "

2) Malam Pengampunan


"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) " (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).

3) Terbuka Pintu Langit


Di malam Nisfu Syaaban , pintu langit dan pintu rahmat dibuka oleh Allah untuk menerima doa hamba - hambanya yang meminta .


Hidupkan Malam Nisfu Syaaban


Daripada Aishah r.a. berkata: Rasulullah SAW telah bangun malam dengan bersolat dan baginda telah memanjangkan sujudnya sehingga aku menyangka bahawa baginda telah dicabut nyawanya.
Apabila baginda mengangkat kepalanya dari sujud dan selesai dari solat, baginda bertanya kepadaku: 
“Wahai Aishah, adakah aku telah mengabaikanmu?”
Aku menjawab: 
“Tidak wahai Rasulullah, tetapi aku sangka engkau telah dicabut nyawa disebabkan lamanya engkau bersujud”.
Baginda pun berkata: 
“Tahukah engkau apakah malam ini?”
Aku menjawab: 
“Allah dan RasulNya yang lebih tahu”.
Baginda berkata: 
“Ini adalah malam pertengahan bulan Syaaban. Sesungguhnya Allah SWT melihat para hambaNya pada malam pertengahan bulan Syaaban, maka diampunkan orang yang memohon ampun, dirahmati orang yang meminta rahmat…”.    
(Direkodkan oleh Baihaqi: Hadis Mursal)

Sabda Rasulullah bermaksud: 
“Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”


Semoga dengan doa kita pada Malam Nisfu Syaaban, Allah mengurniakan apa yang kita mohonkan. Firman Allah SWT: 

“Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra‘d , ayat 39)

8 Responses to "Kelebihan Malam Nisfu Syaaban"

  1. Senyum bc apa yg UAI ckp tu ;)

    ReplyDelete
  2. Jom kita lakukan ibadah sunat ini yg sungguh tinggi fadilatnya.
    Sekejap saja masa berlalu, tak lama lagi Ramadan akan menjelang...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas infonya, amat berguna dan nice :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian CM ^-^

    ReplyDelete
  5. ramadhan pulak semakin dekat..debaran hati sudah terasa.

    ReplyDelete
  6. kejab aje dah masuk hari ke 15 syaaban kan
    sat aje lagi ramadhan

    ReplyDelete
  7. Assalam Vee....apa khabar, lama tsk dengar cite...
    Alhamdulilah dapat jugak kita jumpa Nisfu Syaaban ...moga dpt jumpa Ramadhan

    ReplyDelete
  8. semoga kita mndpat keberkatan daripadaNya dan mendpat kelebihan malam nisfu syaaban....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...