Assalamualaikum ...
Penawar Demam Denggi | Bismillah . Demam denggi selalunya menyerang tanpa kita sedar . Terdpat dua jenis demam denggi iaitu demam denggi biasa dan demam denggi berdarah . Jika tidak dirawat dengan sebaik mungkin , boleh membawa kepada kematian .
Pembawa Demam Denggi
Demam denggi berlaku disebabkan gigitan nyamuk aedes betina yang membawa virus kuman denggi . Selepas 8 hingga 12 hari nyamuk Aedes menghisap darah anda , maka virus kuman yang ditinggalkan menyebabkan anda menghidap demam denggi .
Simptom Demam Denggi
Simptom demam denggi yang mudah di kesan adalah merasa sakit sendi apabila demam . Selain itu , kepala dan bebola mata anda juga merasa sakit . Adakalnya anda akan merasakan sakit pinggang yang luar biasa . Malah badan anda mula timbul bintik - bintik merah dan anda akan merasa gatal - gatal .
Penawar Demam Denggi
Ramai orang mencadangkan agar pesakit demam denggi mengamalkan makan sup ketam . Setakat ini , memakan sup ketam bagi penghidap demam denggi agak berkesan .
Kajian terbaru pula mendapati , jus daun betik didapati mampu untuk mengubat demam denggi . Ini kerana sari daun betik dilihat mampu meningkatkan platlet darah penghidap demam denggi dengan lebih cepat . Malah pemgambilan jus daun betik sebagai alternatif juga dilihat mampu mempercepatkan proses rawatan demam denggi .
Kajian terbaru pula mendapati , jus daun betik didapati mampu untuk mengubat demam denggi . Ini kerana sari daun betik dilihat mampu meningkatkan platlet darah penghidap demam denggi dengan lebih cepat . Malah pemgambilan jus daun betik sebagai alternatif juga dilihat mampu mempercepatkan proses rawatan demam denggi .
Justeru itu , Kementerian Kesihatan berinisiatif menjalankan kajian untuk menghasilkan kapsul dan jus daun betik sebagai alternatif rawatan demam denggi .
Rawatan Alternatif Yang Mudah
Pokok betik sangat mudah hidup hanya sekadar menabur biji buah betik sahaja . Tanpa perlu menunggu kapsul daun betik , anda boleh sahaja menghasilkan jus daun betik sendiri dengan mudah . CM memang peminat daun betik . Sebab dah biasa buat ulam , CM tak kisah dengan rasa pahitnya . Pahit itu kan ubat . Malah daun betik juga boleh dimasak goreng dan dibuat kerabu jika anda mahu .
~ Sumber Informasi ~
Baru nak cuba2 tanam betik...
ReplyDeleteTapi x pernah makan daunnya buat ulam lagi.
kena tahan pahit je lah kan... asalkan sembuh , klu akak tak kisah.. yg makan sup ketam utk penawar Denggi tu sis ada dengar tak??
ReplyDeleteada . berkesan katanya . kena cuba kedua - duanya sekali .
DeleteBetul tu.. tapi pahit mak datuk hihii.. skrng ada jual jus betik. Yg tu ok lah.. tak pahit..
ReplyDeletepromo content.. :)
pahit tu lah ubat ... heeee
Delete