Rahsia Di Sebalik Solat Tahajjud


ASSALAMUALAIKUM ...


Rahsia Di Sebalik Solat Tahajjud | Dengan lafaz Bismillah . Solat Tahajjud adalah solat yang dilakukan pada waktu sepertiga malam ( lebih kurang jam 3 pagi ) selepas tidur untuk seketika . Solat ini dilakukan sekurang - kurangnya sebanyak dua rakaat secara bersendirian . 

Firman Allah yang bermaksud ;
" dan pada sebahagian malam hari bersembahyang Tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu : Mudah - mudahan Tuhan - mu mengangkatmu ke tempat yang terpuji . "  ( Surah Al - Isra' : 79 )
Rahsia Di Sebalik Solat Tahajjud


Rahsia Di Sebalik Solat Tahajjud


Di sebalik kesukaran kita untuk bangun di sepertiga malam , sebenarnya Allah telah meletakkan banyak rahsia disebalik solat tahajjud . Dari sudut sains perubatan , oksigen banyak dikeluarkan pada pukul 3 pagi hingga terbit fajar subuh . Apabila kita berjaga pada waktu itu ,
  • kita akan menyedut oksigen segar lalu menggerakkan otot - otot di dalam badan agar badan kita segar sekaligus dapat melancarkan aliran darah pada tubuh kita . Maka tubuh kita pun sihat pada masa yang sama dapat juga menikmati oksigen . 

Ketika kita solat , setiap pergerakan otot - otot kita ada manfaatnya kepada tubuh . Inilah kaitan antara pergerakan solat dengan kesihatan . Antara rahsia disebalik solat tahajjud adalah :

1. Berdiri Tegak ( Qiyam )


Ketika kita berdiri tegak ( qiyam ) , kemudian mengangkat kedua belah tangan bertakbir dan meletakkan tangan di atas dada - Kita telah membesarkan rongga dada kita sehingga paru - paru akan terasa lapang serta menggerakkan otot di kedua belah tangan .

2. Ruku '


Apabila badan membongkok ke depan dan kedua tangan berada di atas kepala lutut serta punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus mengerakkan ruas - ruas tulang punggung , tulang leher , tulang pinggang dan tulang tungkai .

3. Sujud


Seluruh berat badan akan tertumpu sepenuhnya ke atas otot - otot kedua tangan dan kaki . Pada ketika sujud ini , sudah tentu banyak otot dan sendi kita digerakkan . Pergerakan sujud , bangun dan sujud semula , secara automatik telah mengerakkan sejumlah besar ototo - otot di dada , bahu , lengan , perut , punggung , peha , kaki bahagian bawah dan otot - otot lainnya .



4. Tahiyat


Bila melakukan tahiyat , kita telah mengerakkan otot / sendi pada tumit , pangkal peha , betis , jari - jari kaki , lutut dan lainnya .

5. Salam


Ketika kita memberi salam , kita menggerakkan otot leher , tengkuk  serta lainnya .

Semua pergerakan di dalam solat nyata menjadi senaman yang baik untuk kita tanpa kita sedari . Malah solat tahajud juga dapat 
  • menghindarkan kita daripada gangguan jin samada saka ataupun sihir . 
  • menjauhkan penyakit pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam .

Orang Yang Bertaqwa


Bila terjaga malam dan mata kita terus segar tanpa tanda - tanda mahu tidur semula , itu bermakna malaikat mengejutkan kita . Allah beri kita peluang untuk melakukan solat Tahajjud . Maka ambillah peluang itu untuk melipatgnadakan amal ibadah kita . Tempatkanla diri kita sebagai antara orang - orang yang bertaqwa yang tempatnya adalah syurga di sana .
" Sesungguhnya orang - orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir . Sambil mengambil apa yang diberi oleh tuhan mereka . Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang - orang yang berbuat baik . Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam . Dan di akhir - akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah . "  (  Az - Zariat : 15 - 18 )


~ Cetusan Minda ~


10 Responses to "Rahsia Di Sebalik Solat Tahajjud"

  1. perkongsian yang cukup indah

    ReplyDelete
  2. TQ sharing sis... menambahkan ilmu ttg sholat Tahajud ni:)

    ReplyDelete
  3. mugkin krn ini Rasulullah sihat sepanjang hidupnya (krn amalan tahajud)

    ReplyDelete
  4. kalau dapat dan ada konsisten untuk solat tahajjud memang terbaik sangat tu..

    ReplyDelete
  5. Banyaknya hikmah dari solat tahajjud..
    Moga akan memotivasikan kita untuk terus melakukannya..

    ReplyDelete
  6. Cuba utk istiqamah bgn bertahajud!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...