Kasih Ibu Tiada Tandingnya


Assalamualaikum ...

Bismillah . Ibu adalah seorang wanita yang bersusah payah mengandung selama sembilan bulan dan melahirkan insan bernama anak dengan segala kepayahan dan keperitan juga seluruh nyawanya . Maka sebab itu , ibu diletakkan pada kedudukan paling mulia oleh Allah s.w.t. 

Dari sahabat abu hurairah radiyalhu ‘anhu beliau berkata : 
" Datang seorang pria laki-laki kepada rasulullah kemudian dia bertanya : Wahai rasulullah , siapakah yang paling berhak untuk kuperlakukan dengan baik?” Beliau bersabda, “Ibumu”, Orang tersebut bertanya lagi,”kemudian siapa?”. Beliau bersabda,” Ibumu”. Orang tersebut bertanya lagi,”kemudian siapa?”. Beliau bersabda,” Ibumu”. Orang tersebut bertanya lagi,”kemudian siapa?”. Beliau bersabda,” Bapakmu ”  (HR. Bukhari dan Muslim)

Kasih Ibu Tiada Tandingnya


Ibu satu - satunya insan yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk jiwa raganya jika perlu demi anak yang dicintainya . Maka sebab itu , kisah kemuliaan ibu ini ada terdapat di dalam al Quran .

Firman Allah yang bermaksud :

حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِير
Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu , hanya kepada-Kulah kembalimu .  
(QS. Luqman 14)

Kasih Ibu Tiada Tandingnya


Berbakti Kepada Ibu


Islam menuntut kita supaya berbakti kepada ibu . Maka lukukanlah selagi ibu anda masih ada , masih sihat dan daya ingatannya masih jelas supaya dia boleh tersenyum puas .

إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً 
Artinya : Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun  
(QS, Al-Ahqaf 15)

Kasih Ibu Tiada Tandingnya


Berbuat Baik Kepada Ibu


Islam menuntut kita berbuat baik kepada ibu kita . Walaupun mungkin ibu kita bukan seperti yang kita harapkan , walaupun dia miskin , walaupun dia cacat , walaupun dia berpenyakit , walaupun dia bersifat buruk , layanlah ibu kita sebaik mungkin . Jangan sekali - kali disakiti hatinya hanya kerana dia tak sempurna sebagaimana yang kita harapkan .

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ 
Ertinya : " Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. "
QS, Al-Luqman 14)

Kasih Ibu Tiada Tandingnya


Jangan Sakiti Hati Ibu


Peliharalah ibu kita lebih baik dari dia pelihara kita semasa kecil . Jangan sesekali berkeluh kesah . Walau susah bagaimanapun , ibu kita hanya seorang . Dia boleh menjaga dan membesarkan anak yang ramai sehingga menjadi insan yang berguna kenapa kita tidak boleh menjaga hanya sorang ibu ? Tepuklah dada , tanyalah iman . 

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا 
Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia 
(al-Isra’ 23)

Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam bersabda ,
” orangtua adalah pintu surga yang paling tengah, apabila kau mau maka sia-siakanlah pintu tersebut atau peliharalah . " (HR, Tirmidzi).


~ Cetusan Minda ~



14 Responses to "Kasih Ibu Tiada Tandingnya"

  1. berbaktilah kepada ibubapa sementara mereka masih ada.

    ReplyDelete
  2. Saya sudah kehilangan seorang ibu di dunia ini tapi Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan seorang lagi ibu yang masih boleh saya berikan budi & bakti..

    Alhamdulillah.. :')

    ReplyDelete
  3. Kasih ibu tiada bandingan. Berbaktikah kepada ibu selagi mampu.
    Memang terasa kekurangan setelah ibu saya meninggal dunia.

    ReplyDelete
  4. akak sudah kehilangan ibu dan ayah tanpa sempat berbakti lebih lagi kepada mereka, hanya doa dan sedekah2 diatas nama mereka yang mampu akak lakukan sekarang,tapi manakan sama..mereka tiada didepan mata..moga mereka ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  5. Betul tu..setujuuu...kasih ibu smpai ke syurga...nk balas jasa ibu mmg xkan terbalas...

    ReplyDelete
  6. tanpa ibu siapalah kita hari ini

    ReplyDelete
  7. Assalam vee....lama tak singgah sini, tp awak ttp dlm ingatan tau....

    Baru semlm jenguk mak kat kg, tadi pun jenguk bonda mertua. Sedihlah baca entri ni. Teringat kat mak. Kadang tu bila dekat tak mampu nak layan sebaiknya, bila jauh rasa teringat kat mak huhu

    ReplyDelete
  8. Oh ibu tanpamu siapalah daku... tapi tak tercakap pun camtu depan mama... hehe :-)

    ReplyDelete
  9. Ibu insan paling berjasa dalam hidup kita.. jasa pengorbanan mmg tak dpt kita bayar..

    ReplyDelete
  10. Ibu kandung telah lama pergi. InshaAllah, yg ada ini lah utk saya berbakti :')

    ReplyDelete
  11. buatlah yang terbaik untuk ibu kita..

    ReplyDelete
  12. Kasih dan pengorbanan ibu sememangnya tak dapat dinilai dgn segala isi dunia.. kasih ibu membawa ke syurga...

    ReplyDelete
  13. kasih Ibu hingga ke syurga...:)

    ReplyDelete
  14. Kasih ibu sepanjang hayat.. Kasihnya membawa ke syurga

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...