Bila Iman Kita Lemah


ASSALAMUALAIKUM ...

Dengan lafaz Bismillah . Kita jadi alpa dengan status keimanan kita bila kita makin kerap mengejar dunia . Kita sendiri sedia maklum , terlalu banyak sosial life yang boleh menjadikan iman kita makin lemah tanpat kita sedar . Tak kira la sama ada kegiatan sosial tu atas sebab kerja atau sekadar memenuhi kehendak . Maklumlah ada yang takut dianggap sombong jika tak layan whatsup kan .






Bila Iman Kita Lemah


Bila iman kita lemah , maka kita akan lebih mengikut kehendak hati yang malas , berkira untuk melakukan sesuatu , bertangguh , memudahkan banyak perkara yang dituntut oleh Islam dan sebagainya . Berikut adalah tanda - tanda bila iman kita lemah :

1. Melakukan dosa tanpa rasa bersalah . 

Mungkin kita rasa itu cuma perkara kecil dan remeh . Contohnya , seorang pelakon yang membuka hijabnya semata - mata nak menjayakan watak yang diberi .

2. Rasa susah nak bangun pagi untuk melakukan solat . 

Tapi boleh bangun pagi sebab ada tugas penting atau perlu bertugas di luar .

3. Tidak khusyuk ketika solat . 

Masa sedang solat , otak ligat memikirkan hal dunia .

4. Asyik merungut dengan ketentuan takdir . 

Bila sesuatu berlaku padanya , dia salahkan Allah , tak percayakan tuhan . Kata Allah tak sayang dia , tak tolong dia .

5. Tak sabar terima ujian . 

Mengeluh bila sesuatu terjadi padanya . Menyalahkan semua yang berkaitan . Melepaskan geram pada orang yang ada kat sekelilingnya .

6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja .

Mereka akan dipandang hina jika tiada harta walaupun mereka sebenarnya tahu harta yang banyak itu tak boleh di bawa masuk ke dalam kubur untuk jadi bekalan nya kat sana .

7. Meninggalkan al - Quran tanpa di baca .

Ramai orang menjadikan al - Quran sebagai hantaran perkahwinan tapi tak ramai yang mahu membacanya setiap malam untuk memberi cahaya pada rumahnya .

8. Tidak endah manusia melakukan maksiat hatta diri sendiri melakukan nya .

Melakukan maksiat baginya adalah hak peribadi sebab kubur tak sama . Mereka rasa menjaga hal sendiri lebih baik dari menjaga tepi kain orang lain .

9. Tidak merasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam .

Perkara normal bagi pasangan kekasih berpegangan tangan . Kolot kalau tak buat . Bercinta memanglah macam nih , katanya .

10. Tidak merasakan apa -apa pun bila mendengar orang membaca ayat suci al - Quran .

Mereka rasa mendengar lagu terbaru yang dinyanyikan oleh artis popular atau pujaannya lebih touching dan menghiburkan .

11. Suruh orang buat baik , tapi diri sendiri tak lakukannya .

Bila ahli keluarga atau kenalan ada bersamanya , dia menunjukkan contoh yang baik , pijak semut pun tak mati . Tapi dia menjadi dirinya yang sebenar bila tiada bersama mereka .

12. Beras senang atau gembira bila sesuatu perkara buruk berlaku atau tiada kemajuan terjadi pada orang lain .

Dia merasa seronok sebab perkara tersebut akan beri peluang yang baik / berguna padanya .

13. Hanya peduli halal dan haram sahaja . Perkara makruh dia tak ambil kisah .

14. Ketawakan orang yang buat kebaikan kecil seperti mencuci masjid .

Mencuci masjid  sebenarnya kerja mudah yang boleh dapat pahala yang banyak . Tapi masih ramai yang tak mabil tahu pun .

15. Tidak peduli akan keadaan umat Islam .

Ada duit yang banyak untuk beli kereta Miserati tapi tak terbuka hati untuk buat sesuatu untuk membantu rakyat Palestin .

16. Tak rasa bertanggung jawab untuk ikut kemajuan agama Islam .

17. Suka berdebat walaupun tiada bukti .

Cuma nak tunjuk dia hebat dan nak sakiti hati orang lain dengan hujahnya yang tak ada bukti yang kukuh .

18. Menjadi lalai dan obses kepada diri sendiri .

Merasa dirinya berjaya atas usahanya sendiri serta kelebihan dan kebijaksanaan yang dia ada .


Tidak Sempurna Iman




Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya. "

Huraian Hadith: 
  • Islam mementingkan umat yang bersatu padu di mana setiap hubungan yang terjalin mestilah diperkuatkan dengan ikatan kasih-sayang, kepercayaan, belas kasihan dan menjauhi permusuhan kerana seorang muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa memikirkan kebaikan orang lain sebagaimana ia memikirkan kebaikan untuk dirinya sendiri.
  • Tidak sempurna iman seseorang yang didapati tidak mengakui persahabatan, pertalian kerabat dan seumpamanya kecuali apabila ia mendapati terdapat sesuatu faedah atau keuntungan di sebalik perhubungan itu untuk dirinya.
  • Orang seperti ini adalah mereka yang bersifat sombong dan angkuh, tamak haloba dan suka berdendam. Ia hanya mementingkan diri sendiri serta sanggup melakukan apa sahaja asalkan sesuatu kebaikan itu hanya menjadi miliknya seorang bahkan dendam yang bersarang dalam jiwanya membuatkan ia hilang perasaan kasihan belas, simpati dan timbang rasa terhadap kesusahan orang lain.
  • Sesungguhnya orang seperti ini akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Perbuatannya yang menganiayai orang lain lambat laun akan mengundang kebencian masyarakat menjadikan kehidupannya kelak tersisih dan disisihkan.



~ Cetusan Minda ~



6 Responses to "Bila Iman Kita Lemah"

  1. Apabila iman lemah, takut hati kita mati, dan tunggulah ujian berat daripada Allah..

    ReplyDelete
  2. kena kejar dua dua... kejar kejayaan dunia, kejar kejayaan akhirat.

    ReplyDelete
  3. Semoga dikuatkan iman dan istiqomah dlm melakukan kebaikan...

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas peringatan ini...semoga iman kita mnjadi lebih kuat dalam menghadapi dugaan :)

    ReplyDelete
  5. saya berharap sangat saya boleh perbaiki diri saya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...