Bila Orang Mati Hidup Semula Bercerita


Assalamualaikum ...

Bila Orang Mati Hidup Semula Bercerita  | Bismillah . Kita selalu mendapatkan gambaran keadaan selepas mati . Bagaimana balasan yang akan kita dapat kesan dari perbuatan kita di dunia . Tidak semua manusia boleh menghayati gambaran itu sehingga takut untuk menghadapi kematian dan menambah amal ibadah sebanyak mungkin . Berikut adalah kisah yang boleh kita renungi . Percayalah bahawa janji Allah itu benar .


Bila Orang Mati Hidup Semula Bercerita



Bila Orang Mati Hidup Semula Bercerita 


Bila jenazah diangkat keluar , semua yang hadir mengucap panjang , hampir tak percaya apa yang mereka lihat . Kain kapan yang membalut tubuh koyak rabak seperti dicarik - carik . Badannya penuh dengan kesan torehan yang panjang macam dilibas dengan benda tajam . Lukanya dalam hingga nampak daging tapi tak berdarah .

Dia sedar selepas 3 bulan terlantar kerana koma , air matanya terus mengalir ... Dia berubah menjadi seorang yang pendiam , banyak termenung dan menangis . Dia mula mendekatkan diri pada agama . Kalau dulunya dia seorang mat rempit , kini dia menjadi seorang yang lemah lembut , bicaranya sopan . 

Selepas setahun , atas pujukan kawan baiknya , dia menceritakan apa yang berlaku selama tiga hari di dalam kubur . " Aku melihat sekeliling yang gelap , hitam pekat , panas dan sempit . Nak keluar tapi tak nampak jalan . Tiba - tiba aku dengar bunyi benda diheret . Macam bunyi rantai besi diseret di atas lantai . Memang mengerikan ! "

" Tiba - tiba muncul dua orang lelaki berserban dan jubah putih kat depan aku . Rupanya sama jer macam kembar . Tak tua , tak muda . Mereka berjalan ke arah aku sambil heret rantai besi sebesar lengan . Sangat panjang dan tak de penghujung . " 

" Dia berhenti kat depan aku lalu bertanya , " MA RABBUKA ? " Gema suara tu kuat sangat . Tiba - tiba mulut aku menjawab . Tak boleh kawal  , " Aku tak tahu ! " Aku mintak tolong kat mereka keluarkan aku dari situ . Tiba - tiba orang tu libaskan rantai besi tuh kat badan aku . Rantai tu melilit dari atas sampai la ke bawah . Pastu badan aku tergulung dan terbenam ke dalam lapisan tanah yang sangat dalam . Dalam kesakitan tu aku merayu pada Allah tolong aku . Aku rasa daging aku macam disiat - siat sampai berkecai . "

" Perkara ni berlaku sampai dua tiga kali . Mereka juga tanya , " MA DINNUKA ( apa agamamu ) MA KIBLATUKA ( apa kiblatmu ) , MA IMAMMUKA ( apa kitabmu ) , MA IKHWANUKA ( siapa saudaramu ) " . Aku faham tapi lidah aku kaku . Mulut aku cuma jawab , " tak tahu " . Tiba - tiba aku ada kat sungai . Air sungai tu hanyutkan aku sampai kat dua cabang anak sungai . Aku pilih kanan dan badan aku sangkut kat pokok - pokok kat tepi sungai . Badan aku penuh dengan kesan kelar . "

" Aku dengar lagi rantai besi diseret . Aku menangis , cuma boleh merayu pada Allah ampunkan segala dosa aku . Aku memang banyak buat dosa ! Aku juga berjanji pada Allah akan bertaubat atas segala dosa yang aku lakukan !

Sebelum meninggal , dia seorang mat rempit yang berusia 19 tahun di sebuah daerah di Perak . Peristiwa ni berlaku pada hujung 80an . Kuburnya digali semula selepas tiga hari dikebumikan . Ibunya bermimpi tiga hari berturut - turut . Dia menangis memberitahu dia masih hidup dan mahu dikeluarkan .

Tiga tahun selepas itu dia telah meninggalkan dunia untuk selamanya ketika dalam tidur sebagai seorang mukmin yang soleh . Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua .



MASTIKA





7 Responses to "Bila Orang Mati Hidup Semula Bercerita "

  1. Harap boleh menjadi iktibar kepada kita semua kan?

    ReplyDelete
  2. Cerita betul yeh Vee.....takut pun ye, beruntung pun ye....takut bila mengenangkan siksa alam kubur yg dia dpt tengok tu, beruntungnya bila dia dpt bertaubatkan.....

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang terfikir akan nasib sendiri juga..cukup ke amalan2 kita..hanaya berharap yang tuhan ampunkan dosa2 terdahulu dan akan datang kita sahaja.

    ReplyDelete
  4. Nasib diri pula masih menjadi tanda tanya.. :'(

    ReplyDelete
  5. Semoga kita semua dpt mati dalam iman... aamiin2 ya Rabbal alaamiin...

    ReplyDelete
  6. Subhanallah msrilah kita bertaubat sblm terlambat

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...