Bolehkah Gosok Gigi Guna Ubat Gigi Ketika Puasa ?



Bolehkah Gosok Gigi Guna Ubat Gigi Ketika Puasa ? | Bismillah . Menggosok gigi ketika berpuasa digalakkan dilakukan sebelum masuknya waktu zuhur . Selepas waktu itu adalah makruh . Sudah diketahui bahawa mulut orang yang berpuasa itu berbau sebagaimana maksud hadis di bawah :


لخلوف فم الصائم يوم القيامة أفضل عند الله من ريح المسك
" Sesungguhnya bauan mulut orang yang berpuasa itu pada hari kiamat adalah lebih baik di sisi Allah daripada bauan haruman kasturi "



Bolehkah Gosok Gigi Guna Ubat Gigi Ketika Puasa ?


Bolehkah Gosok Gigi Guna Ubat Gigi Ketika Puasa ?

Menggosok gigi menggunakan kayu sugi sepanjang bulan Ramadhan adalah dibenarkan sebagaimana yang telah Rasulullah lakukan berdasarkan hadis sohih dari 'Amir bin Rabi'ah berkata :

" Telah aku lihat Nabi SAW bersiwak tidak terkira banyaknya dalam keadaan baginda berpuasa . "
( Riwayat al-Bukhari)


Ini kerana Rasulullah s.a.w. menggosok gigi menggunakan kayu sugi tanpa berkumur dan juga bukan ubat gigi yang ada perasa . Sama ada dibolehkan atau tidak menggosok gigi menggunakan ubat gigi , berikut adalah petikan dari zaharuddin.net .

" Cuma perlu diingat, siwak Nabi adalah menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi yang berperisa. Justeru tiada kemungkinan nabi terminum atau termasuk di perut Nabi ubat gigi. Justeru, jika gosok gigi pakai ubat gigi, maka tatkala itulah terdapat ijtihad mengatakannya sebagai makruh kerana bimbang peluang terbatal kerana minum air kumuran dan ubat gigi. Memang benar, perbuatan 'ter' minum tidak wajar menjadi batal kerana ia tidak disengajakan, tetapi apabila sesuatu yang 'mubah' dibuat tanpa keperluan lalu menyebabkan 'ter'minum, ia boleh membawa kepada batal. Sebagaimana mandi biasa berulang kali dengan sengaja, berkumur berulang kali dengan sengaja sehingga akhirnya terminum. "

Untuk huraian lebih lanjut dan lebih jelas tentang bolehkah gosok gigi guna ubat gigi ketika berpuasa , anda boleh klik saja di SINI .




8 Responses to "Bolehkah Gosok Gigi Guna Ubat Gigi Ketika Puasa ?"

  1. Thanks for the info CM..
    Perkara perkara yang lebih kepada makruh..lebih baik jgn di buat..wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. kalo gosok gigi tanpa pastanya makruh engga?

    ReplyDelete
  3. Kalau holeh elakkan...nnt was2 buat susut pahala puasa je

    ReplyDelete
  4. Info nie paling sempurna untuk dijadikan panduan. Banyak yang share tapi rasa ragu2.

    ReplyDelete
  5. T kasih atas peringatan ini.. biasanya kita sedah diajar tetapi kebanyakkan kita alpa ttgnya..

    ReplyDelete
  6. dulu ustazah penah discuss pasal ni

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...