Tangguh Bayar Hutang Mendatangkan Musibah


Assalamualaikum ...

Tangguh Bayar Hutang Mendatangkan Musibah | Membayar hutang adalah satu kewajipan yang tidak boleh ditangguhkan apabila si pemiutang berkemampuan membayarnya. Bagi mereka yang mampu membayar hutang tetapi menangguhkan pembayaran tersebut dikira berdosa dan perbuatannya haram di sisi syarak. Ini kerana Islam sangat menitikberatkan soal pembayaran hutang.

 Tangguh Bayar Hutang Mendatangkan Musibah


Keharmonian Hidup


Apabila orang yang berhutang itu membayar hutangnya, insha Allah, Allah akan memberi ketenangan jiwa, dipermudahkan segala urusannya, memperoleh keluarga yang bahagia serta anak-anak yang taat pada ibu bapa juga Allah. Penghutang tidak lagi perlu rasa ketakutan dan menanggung beban malah keikhlasannya membayar hutang itu akan melimpahkan lagi rezeki yang ada.

Sebaliknya, kalau berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
"Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya." 

Maksud ayat 'Allah akan membayarkan' adalah Allah akan memudahkan rezeki orang itu agar dia dapat membayar hutangnya.

Bagi pihak pemiutang pula, mereka mungkin juga ada masalah kewangan yang penghutang tidak ketahui. Mungkin juga hidupnya lebih sukar dari yang berhutang. Justeru itu, secara tidak langsung penghutang telah memperoleh pahala bukan sekadar kerana membayar hutang tetapi juga menggembirakan serta menghilangkan beban pemiutang.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas". (riwayat al-Baihaqi ).

Sekiranya pemiutang berstatus anak yatim, pembayaran hutang itu dapat melepaskan penghutang dari tergolong dalam golongan yang memakan harta anak yatim.

Bayar Ikut Kemampuan


Sekiranya jumlah hutang itu besar dan penghutang rasa sukar untuk membayar keseluruhannya, penghutang bolehlah membayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan asalkan ianya dipersetujui oleh kedua belah pihak. Apa yang lebih penting, hutang itu selesai dilangsaikan.

Tepati Janji


Apabila penghutang berjanji untuk membayar pada tarikh tertentu, maka penghutang perlulah membayarnya bila tiba tarikh itu. Sekiranya penghutang tidak mampu membayarnya, penghutang boleh meminta tangguh untuk satu tarikh yang akan datang. Ini di antara akhlak yang sepatutnya ada pada orang yang berhutang. Malangnya ada segelintir ahli masyarakat kita yang sudah hilang rasa malu, hilang rasa tanggungjawab, hilang rasa persaudaraan. Hutang tetap dikira hutang, ini ikut perjanjian awal, melainkan orang yang memberi hutang menghalalkan pinjamannya.

Allah berfirman yang bermaksud: 
Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian (yang dipersetujui).” Surah al-Ma’idah, ayat 1 ). 

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya. " al-Baqarah: 282 ).

Dalam ayat sama Allah melanjutkan Firman-Nya bermaksud: 
"Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar, dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah, maka hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang itu mengimlakkan (menyebutkan) mengenai apa yang ditulis itu dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan jangan ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya."

Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
"Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman. (riwayat al-Bukhari; no: 585)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya".  (riwayat Ibnu Majah)

Amalan Tergantung


Rasulullah SAW pernah beberapa kali enggan menyembahyangkan jenazah orang yang berhutang sehingga ada di antara sahabat yang sanggup bertanggungjawab atas hutang si mati itu. Ini kerana baginda SAW pernah memberitahu bahawa orang yang mati sedang dia berhutang maka amalannya tergantung sehingga dilangsaikan oleh ahli keluarganya atau sesiapa yang bersifat ihsan kepadanya.

Maka sebab itu, ketika keranda diusung setelah selesai solat ahli keluarga perlu meminta agar hutang si mati dituntut kepada ahli keluarga, supaya roh si mati boleh aman. 

Dibimbangi sekiranya si mati gagal membayar hutang semasa hayatnya dan pemiutang tidak tahu tentang kematiannya manakal ahli keluarga pula tidak tahu akan hal hutang tersebut.

Sabda Nabi bermaksud: 
Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Hadis riwayat Muslim). 

Ingat Sebelum Terlambat


Bagi mereka yang berhutang secara individu, peribadi segeralah membayar hutang, usahalah untuk membayar hutang. Kawal sikit perbelanjaan asal dapat menebus hutang. Tidak mengapa kalau tidak boleh hidup mewah, tidak dapat drive BMW, tidak dapat pergi bercuti asalkan dapat membayar hutang.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: 
Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu. Namun barang siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Memberi hutang itu dapat pahala dan yang membayar hutang juga dapat keberkatan. Apa yang menghairankan, semasa hendak pinjam, pelbagai janji manis ditaburkan, tapi bila dah bagi pinjam batang hidung pun tak nampak. Nak kesan pun susah. Masa nak pinjam macam-macam alasan yang diberi, ada alasan yang betul malah ada juga alasan yang tipu untuk mencairkan hati.

Firman Allah yang bermaksud: 
Jika yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.” Surah al-Baqarah, ayat 283 ).

Namun, apabila tiba masa untuk memulangkan duit dia rasa akan papa dengan membayar balik hutang yang tertanggung atasnya. Ketahulah bahawasanya Allah takkan biarkan kita jatuh miskin kerana membayar hutang walaupun kita wajib bayar hutang dan mungkin akan jadi miskin kerananya.

Rasulullah pernah ditanya sahabat tatkala Baginda berdoa supaya diselamatkan daripada bahaya hutang.

Rasulullah berdoa yang maksudnya: 
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu Baginda ditanya sahabat: “Mengapa kamu sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, maka apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Hadis riwayat al-Bukhari).


NOTA :

Berhutang boleh menjerumuskan seseorang itu kepada nifak (menjadi golongan munafik) kerana sifat seperti dusta dan mungkir janji.




7 Responses to "Tangguh Bayar Hutang Mendatangkan Musibah"

  1. Terima kasih bagi peringatan.. hope ena dah langsaikan segala hutang sekarang ni... kadang2 tak teringat, kot kot ada terpinjam apa2 dari kawan kawan.. kena ingat balik ni

    ReplyDelete
  2. Teringin sangat nak settlekan hutang cepat-cepat. Tapi, life sekarang ni sempit sikit. Barang makin mahal. Mana nak settlekan hutang bank, mana nak menabung lagi.

    ReplyDelete
  3. Kita yang meminjam nie kena ingat juga pemberi pinjam tu mungkin nak guna duit dia kan ^_^

    ReplyDelete
  4. salam sis..alamak..hutang ptptn tak bayar lagi ni hehhhee

    ReplyDelete
  5. Semoga kita semua sentiasa dijauhi drp hutang2 yg tak mampu utk dibayar... aamiin.

    ReplyDelete
  6. http://payripo.com/?share=93593
    Cara mudah selesaikan hutang

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...