Tahukah ANda : Maxis Special Offer !


Tahukah ANda : Maxis Special Offer ! | Maxis merupakan syarikat telekomunikasi yang sangat popular dan menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia . Pelbagai pakej menarik telah ditawarkan Maxis bagi menarik minat pelanggan melanggan perkhidmatannya .

Tahukah ANda : Maxis Special Offer !

Tahukah ANda : Maxis Special Offer !


Sempena Syawal yang bakal menjelang , pihak Maxis telah memberikan special offer kepada pengguna dan peminat tegar iphone 6s. Sudah tentu ini satu berita menarik kepada meraka . Bolehlah bergaya dengan iPhone 6s di pagi Syawal nanti .

iphone 6s merupakan keluaran terkini dari keluarga iPhone yang menampilkan kelebihan dari segi 
  • 240 Frame Per Second untuk video gerak perlahan
  • Optical Image Stabilization pada iPhone 6 Plus
  • Cip Apple A8 dan M8 Motion Co-processor
  • Paparan lebih besar dan Paparan Retina HD untuk iPhone 6 Plus
  • Sokongan pembayaran Apple Pay
  • Kuasa bateri yang lebih baik
Kekuatan iPhone adalah terletak di aplikasinya, yang mana ia menawarkan user interface dan user experience (UI/UX) yang terbaik dalam mana-mana sistem operasi mudah-alih. Perkara ini boleh dilihat sendiri melalui aplikasi Facebook Paper dan Opera Coast yang hadir dengan grafik dan animasi yang intuitif dan saya yakin, kedua-dua aplikasi ini tidak akan berada di platform Android. iOS juga mempunyai beberapa aplikasi yang eksklusif seperti Mextures, Tangent, LoryStripes, dan Exbel yang menawarkan fungsi pengeditan gambar yang superior yang mana ia tidak akan dapat pada mana-mana sistem operasi lain. Satu lagi contoh aplikasi lain yang bakal membuka mata anda dengan iOS, cari dan muat-turun aplikasi Matter di App Store.


Satu perkara yang menjadi sebab ramai memilih iPhone adalah kekuatan kameranya. Saya tekankan bahawa megapiksel adalah bukan segala-segalanya tapi yang penting adalah teknologi lensa disebalik kamera peranti daripada Apple ini. Sebelum saya memakai iPhone, saya sendiri berasa cemburu melihat rakan-rakan saya yang mempunyai iPhone di Instagram yang mana gambar-gambar yang di hantar oleh mereka sangat tajam dari segi detail serta mempunyai kawalan warna yang sangat terang pada gambar yang diambil. Perkara ini dijayakan dengan sensor daripada Sony seperti Sony IMX145 yang mula digunakan sejak dari zaman iPhone 4s. Ia menawarkan kesan depth-of-field yang cemerlang pada peranti sekelasnya, sekaligus menawarkan hasil output yang terang dan sharp melalui penggunaan kamera daripada peranti ini.
Rata-rata pengguna setia iPhone juga amat berpuas hati dengan telefon mereka kerana ia hadir dengan sokongan kemaskini sehingga empat tahun lamanya. Kemaskini adalah suatu yang sangat penting bagi iPhone kerana ia bergerak seiring dengan penggunaan API yang dikeluarkan setiap kali pelancaran iOS versi baru. Perkara inilah menyebabkan mengapa ada sesetengah aplikasi di iPhone mempunyai lebihan fungsi berbanding aplikasi yang sama di platform-platform lain. Satu lagi menjadi kesukaan pengguna, kebanyakan aplikasi akan tiba di platform iOS terlebih dahulu berbanding di platform lain, seperti contoh aplikasi Hyperlapse daripada Instagram baru-baru ini.
- Amanz .

1 Response to "Tahukah ANda : Maxis Special Offer !"

  1. Dah lama nak guna iPhone 6 ni...tegok dulu mana tau mampu huhuhu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...