Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri


Assalamualaikum ...

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri | Bismillah . Zakat fitrah adalah zakat yang wajib dikeluarkan bermula 1 Ramadhan sehinggalah sebelum solat aidil fitri mengikut syarat - syarat yag ditentukan .

Ibn Umar meriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud ;

Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas orang yang merdeka , hamba sahaya lelaki , perempuan dan kaum Muslimin . "

Lafaz Bagi Zakat Fitrah 

Kadar Zakat Fitrah


Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2016


Kadar bayaran zakat fitrah mengikut cara asal ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat seperti beras atau gandum . Manakala mengikut sukatan / timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan nilai mengikut kadar nilai matawang semasa .

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2016


Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri


Kadar harga zakat fitrah di negeri Terengganu pada tahun ini (2016) telah diselaraskan dengan satu kadar berbanding tiga kadar pada tahun lalu (2015) bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran .

* Kategori kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor adalah berdasarkan harga gred atau jenis beras yang dimakan seperti berikut :
  • Harga Fitrah RM 6.00 - Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram .
  • Harga Fitrah RM 8.00 - Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional) .

    Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Hukum Membayar Zakat Fitrah


Waktu dan hukum membayar zakat fitrah adalah seperti berikut :

Sunat


Dari awal Ramadhan sehingga hari akhir bulan Ramadhan

Wajib


Selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan

Afdal


Selepas solat subuh sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri

Haram


Selepas solat sunat Aidil Fitri


Laksanakan Tanggungjawab


Sekarang sudah banyak kaunter bayar zakat fitrah dibuka di pusat membeli belah . Tiada alasan tidak dapat bayar . Jangan kata tak mampu . Kalau anda mampu berbelanja untuk menyambut syawal , kenapa zakat fitrah yang sedikt itu anda nak berkira . Malulah dengan Allah .


SUMBER : Indahnya Hidup Bersyariat ( 160 )



Daripada Jarir bin ‘Abdillah RA katanya : 


" Aku telah mengaku  serta berjanji kepada Nabi SAW : Bahawa aku akan tetap mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik kepada setiap orang Islam. "
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith: 


  • Setiap orang Islam berkewajipan memberi nasihat yang baik lagi berfaedah kepada saudaranya sesama Islam daripada masa ke semasa, lebih-lebih lagi dalam perkara yang ada kaitan dengan Islam.
  • Orang yang sentiasa melakukan amal kebajikan dan kewajipan akan dilimpahi rahmat Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.
  • Islam menggalakkan setiap umatnya agar berlumba-lumba melakukan kebaikan untuk diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat dan negara.


Sumber : Kitab Riyadhus Salihin


1 Response to "Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri"

  1. saya ambik yang sunat sahaja..bayar awal zakat..lagipun takut terlupa atau tak sempat

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...