Keutamaan Sedekah


Assalamualaikum ...

Keutamaan Sedekah | Bismillah , apabila kita bersedekah , hendaklah kita mengutamakan orang yang dekat dengan kita . Mereka sudah tentunya adik beradik , kaum kerabat dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain . Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad .

Orang yang ingin hidup bahagia , perlu menjaga empat perkara : 
Pertama : Teguh menjaga keimanan
Kedua : Redha menerima apa yang sedikit
Ketiga : Berbuat kebaikan setiap hari
Keempat : Memelihara lidah daripada perkataan keji . "

Keutamaan Sedekah

Keutamaan Sedekah


Kandungan hadis tersebut menyusun keutamaan bersedekah seperti kepada diri sendiri , isteri , anak , orang gaji dan jika masih ada lebihan , bersedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan . Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita , lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara . 

Allah s.w.t. berfirman :

" Mereka bertanya kepada kamu ( wahai Muhammad ) tentang apakah harta yang perlu mereka nafkahkan ? Maka jawablah : ' Apa yang berlebih daripada keperluan ( diri dan tanggungan wajib ) . ' "
( al - Baqarah 2 : 219 )

Sabda Rasulullah s.a.w. :

" Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah , satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba , satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin , satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu , yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu . "
( Riwayat Muslim ) 

Berikut adalah keperluan bersedekah yang Islam anjurkan kepada kita untuk melaukannya .

  • Amalan sedekah sebagai tempat bernaung di hari akhirat . 
  • Sedekah juga menjadi pendiding dari api neraka . 
  • Tahukah anda bahawa tangan yang bersedekah itu lebih baik 
  • Malaikat mendoakan orang yang bersedekah
  • Bersedekah sebagai sebab kemakbulan doa
  • Orang yang bersedekah dekat dengan Nabi s.a.w.
  • Bersedekah boleh melembutkan hati
  • Sedekah sebagai penolak bala 
  • Sedekah sebagai pemberi kedamaian di alam barzakh

Keperluan bersedekah 


Ada banyak sebab mengapa Islam menghendaki kita bersedekah seperti berikut :
  • perintah Allah
  • tanda keimanan
  • menyucikan jiwa
  • digandakan pahala
  • menghapuskan dosa
  • meninggikan darjat
  • sifat aqwa
  • mendapat kebaikan yang banyak
  • memberi ganti kepada yang bersedekah
  • menambah umur
  • menegah dari kematian yang hina
  • menghilangkan sifat sombong
  • menambah harta
  • pembuka pintu rezeki
  • mengundang pertolongan
  • memadam kemurkaan Allah


Maka bersedekahlah sesuai menurut keutamaan sebagaimana di atas . Pun begitu , anda masih boleh bersedekah kepada rakyat Palestin sekiranya ada kelebihan dan kemampuan pada harta yang anda miliki .





13 Responses to "Keutamaan Sedekah"

  1. banyaklah bersedekah di bulan suci ramadhan ini.

    ReplyDelete
  2. bulan puasa ni kita jgn berkira nak bersedekah..bersedekah la walaupun time ti kita tengah susah.

    ReplyDelete
  3. Sungguh besar ganjaran bersedekah.
    The more you give..the more you get. In shaa Allah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  5. Bersama kita bersedekah yer...

    ReplyDelete
  6. kena banyak2 bersedekah terutama dibulan ramadhan....Allah bagi gnjaran 700 kali ganda... :)

    ReplyDelete
  7. di bulan Ramadhan ni lagi lah kita digalakkan berpuasa kan sis... :)

    ReplyDelete
  8. tak miskin kalau bersedekah kan...

    ReplyDelete
  9. betul tu
    nice sharing selamat berpuasa

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

    Perkongsian menarik mengenai sedekah. Jemput ke blog saya untuk baca mengenai Kelebihan Sedekah Bulan Ramadhan Jalalboy

    ReplyDelete
  11. di bulan yang penuh berkah ini perbanyak lah bersedekah

    ReplyDelete
  12. lagilah di bulan yang pahala diberikan berlipat kali ganda ni kan

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...