Tahukah Anda : Mencari Malam al-Qadr


Tahukah Anda : Mencari Malam al-Qadr | Malam al-Qadr ialah tetamu yang dirindui dan dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam . Ia merupakan tetamu yang kehadirannya menjanjikan keampunan bagi dosa yang telah lalu dan gandaan pahala ibadat seumpama amalan seribu bulan iaitu bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan .

" Sesungguhnya Kami ( Allah ) telah menurunkannya ( al-Quran ) itu pada malam al-Qadr . "
( Surah al-Qadr : 1 )



Tahukah Anda : Mencari Malam al-Qadr


Keutaman Malam al-Qadr


Terapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan tentang keutamaan Malam al-Qadr . Diantaranya ialah firman Allah yang bermaksud :

" Sesungguhnya Kami ( Allah ) telah menurunkannya ( al-Quran ) itu pada malam kemuliaan . Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan . Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan . Malam itu ( penuh ) kesejahteraan sampai terbit fajar . "
( Surah al-Qadr : 1-5 )

Hadis -hadis Nabawi yang sahih serta menceritakan tentang keutamaan dan keberkatan Malam al-Qadr pula antaranya ialah :

1- Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Barang siapa yang menunaikan solat qiyamu Ramadhan ( solat tarawih ) pada Malam al-Qadr kerana keimanan dan kerana mengharapkan keredhaan  Allah , mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang telah lalu ."
( Riwayat Bukhari )

2- Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Apabila datang malam al-Qadr , malaikat Jibril bersama para malaikat yang lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap hamba yang berzikir dan berdoa kepada Allah , Allah menyatakan kepada para malaikat bahawa Allah akan memenuhi doanya . Allah berfirman , Pulanglah kamu semua , Aku telah mengampuni dosa kamu semua dan Aku telah menggantikan keburukan dengan kebaikan . Maka mereka pulang dan telah mendapat keampunan -Nya . "
( Riwayat al-Baihaqi dari Anas bin Malik )

Kedua-dua hadis di atas menunjukkan bahawa sesiapa yang menunaikan solat tarawih  , memperbanyakkan zikir , doa dan istighfar , dengan hati yang ikhlas , dengan cara yang sesuai dengan tuntutan Rasulullah s.a.w. pada Malam al-Qadr , in shaa Allah dia akan mendapat keampunan-Nya .


Waktu Berlakunya Malam al-Qadr


Di sebut di dalam pelbagai riwayat bahawa terjadinya malam al-Qadr adalah tidak tetap dan berbeza-beza dari tahun ke tahun . Bagaimanapun , tidak dinafikan bahawa pendapat yang paling benar dan kuat tentang waktu terjadinya Malam al-Qadr itu ialah pada salah satu malam terakhir bulan Ramadhan . Ini berdasarkan hadis riwayat Aisyah r.a., ; 

Adalah Rasulullah s.a.w. beriktikaf di 10 hari terakhir bulan Ramadhan dan Baginda bersabda , Carilah ( dengan segala daya upaya ) Malam al-Qadr pada malam-malam ganjil daripada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan .
( Riwayat Bukhari no:2017 J4/255 dan Muslim  no. 1169 )
Kata-kata Aisyah r.a. mengisyaratkan bahawa Malam al-Qadr itu adalah pada 10 hari terakhir Ramadhan , manakala unjuran Nabi s.a.w. itu pula menegaskan bahawa waktu terjadinya Malam al-Qadr itu ialah di salah satu malam ganjil 10 hari terakhir .


0 Response to "Tahukah Anda : Mencari Malam al-Qadr"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...