Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Ketika berada di kampung , Uda saya ada memberitahu , dia ada menonton program agama . Ustaz itu mengatakan bahawa mimpi siang hari ini betul . Sebab waktu siang , jin dan syaitan tidur , jadi mereka tidak dapat masuk dalam mimpi kita . Maka , adakah mimpi siang itu benar ?
Jenis Mimpi
Mimpi yang datang kepada kita ada 3 jenis .
1 - mimpi daripada syaitan
2 - mimpi daripada Allah
3 - mimpi daripada diri sendiri
Hujah Tentang Mimpi Siang
Maka saya pun mencari maklumat mengenainya . Saya kongsikan hasil carian saya di sini ...
Di dalam kitab Sahih Al - Bukhari dinyatakan bahawa Muhammad Ibnu Sirin berkata bahawa mimpi pada waktu siang adalah sama seperti mimpi pada waktu malam .( Fathul Bari , 12/409 ) .
Kata Abul Hasan dalam kitab Nurul Bustan bahawa tiada beza antara mimpi siang dan mimpi malam ,dan hukum kedua - duanya adalah satu ( sama ) pada ibarat .( Umdatul Qari syarah Bukhari , 24/216 )
Dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al khudri , Nabi Muhammad ( selawat dan salam ke atas baginda ) bersabda , ertinya ;Mimpi yang paling benar ialah pada waktu sahur ( akhir malam )( Hadis sahih Riwayat Ahmad , Tirmizi , Ibnu Hibban , Hakim ) ( Faidhul Qadir , 1/530 )
Dalam sebuah hadis daif riwayat dari Jabir dinyatakan bahawa ;Mimpi yang paling benar ialah pada waktu siang .( Hakim dalam Tarikh , dan Dailami )
Kesimpulan ;
Walaupun hadis ini daif , namun ulama tidak terus berkata : mimpi pada waktu siang tidak boleh pakai sebab hadis ini daif .
Tetapi mereka berkata , boleh dikatakan bahawa mimpi siang lebih benar daripada mimpi malam selain daripada waktu sahur .
Kerana mengumpulkan dua hadis di atas . Dan memang terdapat ulama yang berkata bahwa mimpi siang lebih kuat daripada mimpi malam .
SUMBER :
Pernah tak pembaca mendapat mimpi tak kira siang ker malam dan mimpi tu benar ? Ada kalanya saya dapat mimpi betul . Itupun dengan izin Allah jua .Terutama tentang perkara buruk yang bakal berlaku pada diri saya . Selalunya perkara yang mengaibkan ! Pastinya , saya memang tak boleh berbuat apa - apa selain bersedia menghadapinya dan menerimanya dengan redha .
Ada juga tentang perkara baik . Mimpi nih berlaku seminggu selepas pilihan raya . Malam tu saya bermimpi mendapat sampul surat berwarna putih dan surat didalamnya berwarna kuning . Esok petangnya , saya betul - betul dapat surat tuh dan subjeknya pun sama ! saya dapat RM ...
* NOTA ;
Bila Allah berkehendak perkara itu berlaku , maka ia akan berlaku ...
hehe...part akhir tu buat saya tersenyum kambing sendiri
ReplyDeleteteringat adik yang dah menginjak 29 tahun belum bertemu jodoh =)
mak saya selalu kata, mimpi tu mainan tidur
p/s-saya tag blog ni untuk The Versatile Award
Assalammualaikum..vee,
ReplyDeletesuka baca entry nie... walaupun memang terdapat byk pertikaian pasal kebenaran mimpi siang nie kan... insaallah yang baik itu datang dari Allah...
mselim3
pls: thanks vee sudi berkongsi ilmu..
Info nie sangat berguna. Thanks Vee ^_^
ReplyDeleteterima kasih berkongsi ilmu ye...ada mimpi yang membawa maksud tertentu :)
ReplyDeleteThanks Vee. Ilmu bermanfaat ni ^__^
ReplyDelete