Tahukah Anda : Batasan Dalam Bergurau Senda | Gurau senda adalah perbuatan , kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau mengglikan hati orang lain . Sinonim bagi gurau senda adalah jenaka dan melawak .
Batasan Dalam Bergurau Senda
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa . Celakalah ! "
( Riwayat Abu Daud )
Membuat orang lain gembira adalah termasuk dalam amal kebajikan . Rasulullah s.a.w. juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda .
Namun begitu , bergurau senda mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti :
- tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w.
- Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya .
- Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya .
- Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan .
- Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat .
- Bersesuaian dengan masa , tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya .
- Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan ( ketawa terbahak-bahak ) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati .
Sesungguhnya , Rasulullah s.a.w. apabila ketawa , Baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja . Baginda bukan ketawa yang berdekah-dekah , mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh .
Justeru itu , selaku seorang Muslim , kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya .
bergurau tp dlm ms yg sama menyindir...mmmm ...
ReplyDelete