Hukum Lelaki Botakkan Kepala



ASSALAMUALAIKUM ...

Dalam Islam , apa saja perbuatan yang melibatkan merubah kejadian asal ( menukar apa yang Allah jadikan / berikan  kepada manusia ) adalah berdosa . Adakah style lelaki zaman sekarang ni yang gemar membotakkan kepala juga boleh dianggap sebagai merubah kejadian asal memandangkan sudah menjadi lumrah setiap manusia ,  Allah berikan rambut untuk menghiasi kepalanya ?

 Hukum Lelaki Botakkan Kepala


Hukum Lelaki Botakkan Kepala


Kalau lelaki itu membotakkan kepala atas asbab melaksanakan haji atau umrah atau untuk tujuan perubatan , maka ianya dibenarkan seperti disyariatkan berdasarkan al - Quran dan Sunnah malah tidak ada keraguan dalam pembolehannya .


Tujuan


Tetapi perkara itu mestilah tidak terkeluar dari dua permasalahan seperti berikut :

1- Sebagai Simbol


Dia membotakkannya berdasarkan ( beranggapan botak itu ) adalah ibadah , cermin ( keagamaan ) atau kezuhudan , bukan kerana haji atau pun umrah . Seperti orang menjadikan botak itu sebagi simbol dari ahli ibadah ( orang yang banyak ibadahnya ) dan ahli agama . Atau dia menjadikannya sebagai simbol kesempurnaan zuhud dan ibadah .

Syeikh Islam telah berkata :

Botak kepala adalah bidaah yang tidak pernah diperintahkan oleh Allah dan Rasul - nya . "

Dan bukan pula hal yang wajib dan disukai oleh seorang pun dari pemimpin - pemimpin agama . Tidak pernah diperbuat oleh salah seorang dari sahabat - sahabat dan pengikut mereka yang baik . Juga tidak pernah dilakukan oleh syeikh - syeikh kaum muslimin yang terkenal dengan kezuhudan dan ibadah ; baik ( mereka itu ) dari kalangan sahabat , tabi'in serta orang - orang sesudah mereka .


2- Sekadar Suka - suka


Dia membotakkan kepala bukan pada saat ibadah haji atau umrah dan bukan kerana keperluan ( berubat ) , serta bukan juga atas dasar mendekatkan ( diri kepada Allah ) dan ritual . 


Pendapat


Dalam masalah ini ulama mempunyai dua pendapat :

1- Karahiyah ( di benci )


Riwayat dari Ahmad , beliau berkata : Mereka ( ulama ) membenci hal itu ( botak tanpa sebab ) . Hujjah mereka ialah membotakkan kepalah adalah syiar ( simbol ) ahli bid ' ah ( khawarij ) kerana Khawarij membotakkan kepala mereka .

Nabi SAW telah bersabda tentang mereka : 
Ciri - ciri mereka adalah botak . Sebagaimana sebahagian orang Khawarij menganggap botak kepala itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan ibadah dan taubat .

Di dalam kitab Sohih Bukhari dan Muslim disebutkan : Sesungguhnya tatkala nabi SAW membahagi ( harta rampasan perang ) pada tahun fath ( pembebasan Mekah ) , dia didatangi seorang laki - laki yang janggutnya lebat lagi ( kepalanya ) botak . 

Di dalam musnad Imam Ahmad diriwayatkan dari nabi SAW : 
" Bukan dari golongan kami orang yang membotak kepala . " 

Ibnu Abbas berkata : 
Orang yang membotakkan kepalanya di seluruh negeri adalah syaitan . "


2- Mubah ( dibolehkan membotakkan kepala ) . 


Pendapat ini terkenal dikalangan pengikut Abu Hanifah dan Syafii . Juga merupakan riwayat dari Ahmad . Dalil mereka adalah apa yang diriwayatkan oleh Ahmad , Abu Daud dan Nasai , dengan sanad yang sahih sebagaimana yang dikatakan oleh pengarang kitab Al Muntago dari Ibnu Umar , sesungguhnya nabi SAW melihat seorang anak ( bayi ) , sebahagian kepalanya sudah di botak dan sebahagian yang lain ditinggalkan ( tidak dibotak ) , maka dia dilarang dari perbuatan tersebut , lantas bersabda :
Cukurlah keseluruhannya ( botak merata ) atau biarkan keseluruhannya ( tidak di cukur sama sekali ) . " 

Dan ( juga ) dihadapkan kepada baginda SAW anak - anak yang kecil setelah tiga ( hari dari kelahirannya ) lalu membotakkan kepala mereka .

Dan kerana nabi SAW melarang dari Qaza ( membotakkan sebahagian kepala ) , maka hal ini menunjukkan bolehnya membotak secara keseluruhan .




1 Response to "Hukum Lelaki Botakkan Kepala"

  1. Selama nie zumal tak tahu pun tentang hukum dan pendapat membotakkan kepala nie ^_^

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...