Tahukah Anda : Menjadikan Patung Sebagai Barang Perhiasan Itu Menjadi Kesukaan Jin ? | Ada pelbagai jenis barang yang menjadi kegemaran manusia bila menghias rumah mereka supaya menjadi lebih menarik dan cantik . Antara barang perhiasan itu termasuklah lukisan , bunga , tembikar , barangan cenderahati dan patung .
Menjadikan Patung Sebagai Barang Perhiasan Itu Menjadi Kesukaan Jin ?
Seorang kenalan telah meluahkan rasa bimbangnya apabila hampir setiap malam berlaku bunyi bising di rumahnya . Setiap kali bunyi bising itu berlaku , maka berubahlah kedudukan perabot dirumahnya . Bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku , beliau berjumpa seorang ustaz dan menceritakan perkara pelik yang berlaku di rumahnya .
Ustaz itu pun bertandang ke rumahnya untuk mengenal pasti sendiri akan punca perkara itu berlaku . Selepas itu , ustaz itu memberitahunya :
" patung teddy bear itu jangan di susun macam tu buat perhiasan . Jin / saka suka sangat . Cuba sepahkan atau letak patung - patung teddy bear itu berasingan sebagai mainan . "
Selepas itu , beliau pun menyepahkan patung-patung teddy bear itu di merata tempat . Sejak itu , gangguan pelik seperti bunyi benda bergerak dan perabotnya berubah tempat tidak berlaku lagi .
Kepada anda yang ada banyak patung teddy bear di rumah , jangan sesekali disusun menjadi hiasan terutama di dalam bilik anak anda . Anak anda nanti mungkin akan ada kawan baru yang anda tak dapat lihat !
0 Response to "Tahukah Anda : Menjadikan Patung Sebagai Barang Perhiasan Itu Menjadi Kesukaan Jin ?"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...