Tahukah ANda : Qada' Solat Yang Ditinggalkan


Qada' Solat Yang DitinggalkanSembahyang fardhu merupakan satu kewajipan yang amat dituntut dalam Islam. Ianya adalah amal perbuatan yang pertama sekali akan dihisab oleh Allah terhadap hambaNya di akhirat kelak, kemudian diikuti oleh perhitungan amal-amal yang lain. Ianya bukan hanya merupakan satu perintah dari Allah Subhanahu wa Taala semata-mata tapi ianya adalah satu ibadah yang terkandung di dalamnya bermacam-macam hikmah dan kebaikan.


Tahukah ANda : Qada' Solat Yang Ditinggalkan


Allah Subhanahu wa Taala telah menetapkan sembahyang fardhu lima waktu dan setiap satu mempunyai waktu-waktunya tersendiri sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya:

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah an-Nisaa: 103)


Hukum Qada' Solat Yang Ditinggalkan

Sembahyang fardhu lima waktu wajib dikerjakan secara tunai kecuali jika ada keuzuran dari segi syara’. Menurut hukum syarak, setiap sembahyang fardhu yang ditinggalkan wajib diqadha’ sama ada disebabkan lupa, tidur atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad.

Meninggalkan solat termasuk dalam kategori dosa besar . Bentuk azab sengsara orang yang meninggalkan solat hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu . Allah boleh mengazabnya atau mengampunkannya kerana itu semua adalah hak mutlak Allah s.w.t. 

Cuma keadaan orang yang meninggalkan solat , kehidupannya tidak tenteram . Dia setiasa gelisah dan tiada ketenangan dalam jiwanya sekalipun dia memiliki harta , berpangkat dan mempunyai pengikut yang ramai .

Pengertian Qadha’ Dalam Konteks Ibadah


Dari segi istilah fuqaha, qadha’ ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qadha’ atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah, atau yang tertinggal atau senghaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.

Dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda yang bermaksud :

Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal sembahyangnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan sembahyang yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:“Dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku”.


Qada' Solat Yang Ditinggalkan


Cara untuk memayar semula solat-solat yang ditinggalkan adalah dengan bertaubat nasuha iaitu bertaubat yang betul-betul iaitu menyesali dengan sesungguh-sungguhnya dosa dan keselahan meninggalkan solat . Dia juga hendaklah bersedekah iaitu dengan memberi derma kepada fakir miskin atau kepada institusi yang layak menerimanya . 

Qadha'lah solat yang ditinggalkan semampu mungkin . Moga-moga diterima oleh Allah segala kekurangan dan kesilapan yang dilakukan .




0 Response to "Tahukah ANda : Qada' Solat Yang Ditinggalkan"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...