Tahukah ANda : Kebaikan Demam Tanpa Panadol


Tahukah ANda : Kebaikan Demam Tanpa Panadol | Panadol ni dah wujud sejak kita kecil lagi . Kewujudan panadol ini ibarat penyelamat bagi mereka yang demam sama ada dewasa juga kanak - kanak walaupun ramai yang tahu kandungan panadol ini mengandungi dadah . Kenalan TI yang merupakan seorang doktor tidak menggalakkan TI menggunakan ubat - ubatan moden ini  atau pil hospital sekiranya ada laternatif lain yang boleh digunakan .


Tahukah ANda : Kebaikan Demam Tanpa Panadol


Kebaikan Demam Tanpa Panadol


Panadol dan demam ibarat irama dan lagu yang sering dikaitkan . Bagi CM dan orang yang berada disekeliling CM , demam tanpa panadol adalah perkara biasa kerana kami sudah menemui alternatif lain yang lebih berkesan . Kami lebih gemar meminum 100 plus serta air kelapa bila demam melanda dan sebagai perawatan . Alhamdulillah , ianya berkesan .

Panadol Mengandungi Toksid


Kami elakkan menelan panadol sebab panadol ini adalah ubat yang mengandungi toksid . Sekiranya anda kerap malah menjadikan panadol itu sebagai penyelesaian utama kepada penyakit anda , toksid ini akan menjadi racun . Apatah lagi sekiranya anda sudah mengamalkan menelan panadol melebihi 5 tahun .

Panadol Adalah Painkiller


Semakin kerap anda memakan panadol , semakin kurang kesannya . Panadol adalah " painkiller " yang memaksa anda perlukan dos yang lebih dari biasa untuk menjadikan panadol berkesan kepada penyakit anda . Bayangkan berapa banyak paracetamol yang perlu anda telan utntuk mengurangkan sakit senggugut , sakit lepas pembedahan serta lainnya .

Panadol Rosakkan Organ Hati


Panadol mengandungi toksid yang apabila semakin banyak berada di dalam badan anda akan merosakkan organ hati anda . Bayangkan kalau anda dari kecil sudah biasa dengan panadol , tiba - tiba sekarang organ hati anda rosak , apa yang anda boleh lakukan ? Adakah anda akan mencari punca atau merawat sahaja penyakit itu sedangkan peluang kesembuhannya adalah nipis .

Elakkan Panadol 


Bila kita sudah mengetahui tentang bahaya panadol dan kita masih sihat , elakkan panadol berada dalam badan kita , anak - anak juga ahli keluarga kita . Sudah tentu kita mahu generasi pelapis kita membesar dalam keadaan yang sihat supaya dapat menerukan kehidupan dengan lebih baik .



2 Responses to "Tahukah ANda : Kebaikan Demam Tanpa Panadol"

  1. panadol memang tidak bagus untuk kesihatan..saya memang dah lama elakkan panadol

    ReplyDelete
  2. saya setuju.. kalau saya demam pun, kalau betul2 teruk dan ada kepentingan supaya saya sembuh dengan cepat, baru saya ambil ubat.

    tapi ada beberapa info dalam ni yang boleh mengelirukan pembaca.

    1. statement panadol mempunyai toksid mungkin statement yang terlalu over simplified. dalam panadol ada dadah, sejenis bahan aktif yg bernama paracetamol, dan ia bertindak dengan 2 cara. menurunkan suhu badan dan menahan sakit. paracetamol ini diproses oleh hati untuk ditukar kepada bahan lain supaya badan mudah mengeluarkannya.
    secara amnya, paracetamol bukan toksid dan selamat diambil dengan kuantiti yang betul (tidak melebihi 8 biji sehari bagi orang dewasa). tapi ia akan menjadi toksid bila
    1.(a) ambil panadol dengan dos yg tinggi dalam sehari sehingga membebankan hati untuk proses lebihan paracetamol ni.
    1.(b) hati pesakit tersebut memang telahpun sedia rosak/lemah sebalum pesakit mengambil paracetamol lagi. hal ini akan lebih memburukkan hati.
    jadi, kalau hati masih berfungsi secara normal, dan dos paracetamol diambil secara normal, insyaAllah tak menjadi toksid dalam badan.

    2. betul, panadol adalah painkiller. mengambilnya secara berterusan akan mengurangkan kesan ubat terhadap badan. tapi orang yang sakit lebih serius, bukan sekadar deman, contoh macam baru lepas pembedahan, kita tak akan beri panadol, tapi ubat lain yg lebih kuat. ubat tahan sakit ni ada banyak lagi jenis dia. lain jenis lain kegunaan dan tahap kesakitan yg nk ditahan.

    3. panadol mudah keluar dari badan dan tidak akan berkumulasi dalam badan jika diambil dengan cara yg betul mengikut nasihat doktor. so, kalau pernah ambil panadol sejak kecil, dan setiap kali ambil dengan cara yg betul, x ada masalah. lain kalau memang hari2 ambil, itu memang cari penyakit namanya.. hahaha..

    kesimpulan, walaupun saya farmasi, tapi jarang ambil panadol kecuali jika betul-betul perlu. sebab sakit saya selalunya biasa-biasa sahaja. kalau boleh tahan, x ada masalah. tapi mengatakan panadol ni tak bagus secara total, ianya statement yg tidak adil.

    pointnya
    -ambil bila perlu sahaja
    -dengan cara, dos, kuanttiti, dan kekerapan yang betul
    -dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi bagi sesetengah pesakit yang mungkin tak sesuai ambil panadol.

    sory Puan blog kalau komen panjang2.. hehehe.. sekadar berkongsi info..
    -Faiz Zakaria, pegawai farmasi

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...