Langkah Yang Perlu Diambil Ketika Jerebu


Assalamualaikum ...

Langkah Yang Perlu Diambil Ketika Jerebu | Sekarang ini jerebu semakin teruk di kawasan SI . Depan mata pun boleh nampak asap . Bau asap lagilah kuat .  Alhamdulilah , dah beberapa petang dan malam bumi sini dibasahi hujan tetapi itu tidak menghalang jerebu terus berleluasa .


Langkah Yang Perlu Diambil Ketika Jerebu


Jerebu



Jerebu berlaku disebabkan pembakaran terbuka yang berleluasa . Asap yang terhasil dari pembakarn tersebut bila sudah terlalu tebal , ditiup pula oleh angin monsun , menyebabkan kawasan tertentu mengalami jerebu

Jerebu ini menyebabkan bukan sahaja menghalang jarak pandangan mata malah udara yang bercampur dengan sisa bakar yang berterbangan menyebabkan tidak sihat untuk dihidu dan boleh menyebabkan sesak nafas .


Langkah Yang Perlu Diambil Ketika Jerebu

Indeks IPU


Setakat pukul 7 petang , indeks IPU menunjukkan bacaan 112 di Putrajaya , lokasi yang paling hampir dengan tempat SI . Anda boleh semak indeks IPU terkini di SINI . Indeks IPU ini sudah cukup memaksa warga di sini untuk merada di dalam rumah sekiranya tiada urusan yang penting di luar .

Langkah Yang Perlu Diambil Ketika Jerebu


Bila jerebu berlaku , perkara yang kita akan ambil kira adalah kesihatan . Atas sebab itulah kita perlu ambil langkah berikut ketika jerebu :
  • minum air yang banyak
  • memakai mask bila berada di luar rumah 
  • digalakkan berada di tempat yang tertutup 
  • elakkan melakukan aktiviti di luar 
  • beri bayi susu ibu untuk tambah sistem imun dalam badannya .

Jerebu bermakna ruang udara kita penuh dengan kotoran 

  • bahan bakar daripada kebakaran 
  • asap kenderaan 
  • asap rokok * kena masukkan ni ...

Perlu diketahui jerebu ini agak merbahaya bagi 

  • penghidap asma 
  • orang tua yang uzur 
  • pada mata
  • penggunaan kanta lekap



Langkah Yang Perlu Diambil Ketika Jerebu


Model on the spot ni baru balik daripada sekolah sesi petang . Inilah yang kita perlu lakukan ketika berada diluar untuk elak daripada sebarang penyakit  terutama
  • batuk
  • sakit tekak

Sehingga bila jerebu akan berterusan , hanya Allah yang maha mengetahui . Mudah - mudaan , hujan akan lebih kerap turun selepas ini supaya dapat membersihkan udara yang sudah kotor .



4 Responses to "Langkah Yang Perlu Diambil Ketika Jerebu"

  1. Tulah sama je kat sini Vee.... kelam je nengoknya ni, tp tak pulak cek bacaan IPU nya hihi....
    Dahlah jerebu gini, kawan kita cha ya nun alif pulak berleluasa bakar benda sembahyang dia tu

    ReplyDelete
  2. kesihatan kena jaga musim jerebu ini...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Time jerebu begini anak2 memang tak boleh beri main di luar.

    ReplyDelete
  4. nice share.. saya pun ada buat artikel pasal jerebu tapi kat blog lain, blog yg lagi satu yang semuanya pasal info kesihatan.. cuma kurg aktif kat situ.. hehehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...