Rawatan Penyakit Kencing Manis Guna Doa


Assalamualaikum ...

Rawatan Penyakit Kencing Manis Guna Doa | Dengan lafaz Bismillah, penyakit kencing manis adalah penyakit yang selalunya ada pada hampir setiap manusia terutama yang sudah berusia atau meningkat umur . 

Setakat ini , sesiapa yang menghidap penyakit kencing manis hanya dapat bertahan dan mengurangkannya dengan memakan ubat hospital sama ada dalam bentuk pil ataupun suntikan . Namun begitu , rawatan penyakit kencing manis cara itu tidak berkesan sekiranya pesakit berhasrat mahu menghilangkannya terus dari tubuh badan. 

Justeru itu , anda boleh mencuba kaedah alternatif sama ada menggunakan petua juga kaedah perubatan Islam melalui doa yang anda boleh dapatkan dari al - Quran dalam usaha merawat penyakit kencing manis yang anda hidapi .

Rawatan Kencing Manis Menggunakan Petua


 Rawatan Penyakit Kencing Manis


Doktor kepada kawan saya mencadangkan agar merawat kencing manis dengan menggunakan petua iaitu minum air mineral yang dicampurkan dengan limau . Limau kasturi , limau nipis malah lemon juga boleh pada setiap hari , sekurang - kurangnya sekali dalam sehari . Selain itu , anda juga digalakkan meminum sesudu besar cuka apple ssbelum anda masuk tidur juga selepas anda bangun dari tidur .

 Rawatan Penyakit Kencing Manis



Sekiranya rawatan penyakit kencing manis menggunakan kaedah diatas tidak berkesan , pembaca boleh juga mencuba kaedah rawatan penyakit kencing manis menggunakan air kelapa . Anda hanya perlu menyediakan bahan - bahan seperti berikut ;

  • 1 Biji kelapa muda ( isinya sedang hingus )
  • 3 Batang serai makan
  • 7 Biji halba

Cara menjalankan rawatan kencing manis ;

  1. ambil 7 biji halba
  2. masukkan ke dalam kelapa muda ,
  3. ketuk 3 batang serai , 
  4. gunakan untuk mengacau di dalam kelapa .
  5. Kacau hingga isi , air kelapa dan halba sebati .
  6. Letakkan kelapa di atas dapur / api .
  7. Bila suam , ambil airnya dan minum .


 Rawatan Penyakit Kencing Manis




Disebut daripada Al-Qasim bin Abdul Rahman, dia berkata:  Rasulullah SAW bersabda: 
"Berubatlah kamu dengan hulbah."

Untuk lebih memudahkan rawatan penyakit kencing manis , 1 biji kelapa diperlukan untuk diminum selama 2 hari . Maknanya anda perlukan 7 biji kelapa untuk selama 14 hari rawatan penyakit kencing manis anda .


~ Ustaz Sharhan Shafie ~
Sumber ; Facebook




Rawatan Penyakit Kencing Manis Menggunakan Doa



Rawatan Penyakit Kencing Manis Guna Doa


Cara Menjalankan Rawatan Penyakit Kencing Manis ;

Untuk memulakan rawatan penyakit kencing manis menggunakan doa , anda perlu mulakan dengan bacaan :

  1.  Surah al - Fatihah
  2. Doa Rawatan Penyakit Kencing Manis seperti di atas 
  3. Doa 'iiaj Ilahi seperti di bawah


Rawatan Penyakit Kencing Manis Guna Doa



Setelah itu anda perlu tiupkan pada air mineral / air semula jadi bersama selawat ke atas Nabi sebanyak 3 kali dengan yakin bahawa Allah penyembuh .

Sumber ;

IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT
Dato' Doktor Harun Din
Pengasas Darussyifa'


Anda boleh juga boleh buat rawatan penyakit kencing manis 2 dalam satu . Maksudnya , pembaca boleh bacakan doa - doa diatas , tiupkan pada air kelapa . Dengan lafaz Bismillah serta niat dengan izin Allah jua , minumlah seteguk ambil nafas , selepas itu minum lagi dan seterusnya ...

Sabda Rasulullah SAW bermaksud ;



" Bagi setiap penyakit ada ubatnya . Apabila betul ubatnya , maka sembuhlah dengan izin Allah . "( Riwayat Muslim ) .



8 Responses to "Rawatan Penyakit Kencing Manis Guna Doa"

  1. Kalau tak mencuba bagaimana kita nk tahu berkesan atau tdak..pada yg ada penyakit ni blh la mencuba petua di ats

    ReplyDelete
  2. Thanks for tips. Untuk pesakit kencing manis, bBoleh amalkan ni..

    Isi tabung for the future..

    ReplyDelete
  3. Semoga terhindar dari penyakit2 yg memudaratkan termasuk kencing manis... aamiin...

    ReplyDelete
  4. Teruskan berikhtiar, Insha Allah sembuh ^_^

    ReplyDelete
  5. yang kelapa tu saya baru tahu, unik cara dia
    thanks for the info ye

    ReplyDelete
  6. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Punca Kencing Manis

    ReplyDelete
  7. admin...
    saya confuse...
    bukan kah kita tak boleh tiup minuman
    thanz

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu mengikut kajian sains . dlm perubatan Islam pula , bacaan ayat al quran yg ditiup ke air akan dapat membantu dalam rawatan . malah ada kajian yang membuktikan air yang dibacakan doa itu berubah molekul zarah2nya ... wallahua'alam .

      Delete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...