Tanda Dan Rawatan Kemurungan


Assalamualaikum ...

Tanda Dan Rawatan Kemurungan | Selalunya , tanda-tanda kemurungan hanya dapat disedari apabila masalah tersebut sudah pun lama berlaku dan menjejaskan kehidupan pesakit tersebut . Hampir kesemua pesakit " depression " ini pasti mengalami masalah " mood " rendah hampir pada setiap masa . 


Tanda Dan Rawatan Kemurungan

Tanda Dan Rawatan Kemurungan


Pesakit kemurungan turut hilang minat atau tidak berasa seronok apabila melakukan hobi atau apa apa perkara yang mereka gemari sebelum dilanda kemurungan . Malah , pesakit kemurungan akan lebih suka untuk menyendiri di bilik tanpa melakukan apa - apa dan tidur sepanjang hari . Ahli keluarga juga akan mendapati si pesakit tersebut mula tidak mahu untuk menguruskan diri sendiri seperti mandi , menukar pakaian atau mengeas diri .

Tanda


Pesakit kemurungan turut selalu berasa cemas tanpa sebab ( anxiety ) , berasa tidak selesa di khalayak ramai , mudah marah , rasa bersalah tidak bertempat , sentiasa gelisah dan berasakan tidak berupaya langsung untuk mengubah keadaan diri . Malah , mereka akan mula mengalami penurunan ( atau penambahan ) berat badan , selalu sakit- sakit , selera makan meningkat ( atau menurun ) dan rasa sentiasa penat . 

Jikalau pesakit kemurungan tidak mendapat sebarang bantuan atau sokongan , dikhuatiri pesakit kemurungan ini akan mula mempunyai perasaan untuk mencederakan diri sendiri ataupun yang lebih serius lagi , mempunyai rancangan untuk membunuh diri .

Rawatan Moden 


Menurut Persatuan Psikiatri Malaysia ( MPA ) , rawatan atau bantuan yang sewajarnya membantu hampir 85 peratus pesakit kemurungan klinikal di Malaysia . Setelah disahkan mempunyai kemurungan klinikal , pesakit kemurungan selalunya diberikan rawatan moden seperti sesi-sesi kaunseling , terapi atau pengambilan ubat anti kemurungan yang berterusan . 

Namun , selalunya pesakit kemurungan terpaksa bergantung kepada ubat anti kemurungan sepanjang hayat . Malah , ramai pesakit yang memerlukan gabungan rawatan kaunseling , terapi dan ubat anti kemurungan untuk teruskan hidup normal seperti orang lain .

Hakikatnya , rawatan - rawatan moden pesakit kemurungan ini tidak berkesan jikalau ahli keluarga dan sahabat terdekat tidak memberi sokongan atau bantuan kepada pesakit . Ahli keluarga dan sahabat harus memantau akan keadaan pesakit kemurungan ini dari semasa ke semasa . Perhatian ini akan menunjukkan kepada pesakit kemurungan bahawa mereka masih disayangi dan diperlukan .

Rawatan Menggunakan Ayat Al - Quran


Kemurungan bukan sekadar disebabkan masalah sekeliling atau tekanan semata - mata , tapi adakalanya juga disebabkan oleh gangguan jin . Jin ini termasuklah saka dan juga yang datang sebagai sihir . Jin ini akan membisikkan sesuatu di telinga dan mengganggu pemikiran seterusnya perasaan pesakit sehinggakan pesakit akan merasa sangat tertekan , sedih dan merasakan diri mereka sangat tidak berguna dan hanya menyusahkan orang lain . Ada kes pula telah menyebabkan pesakit membunuh diri dengan terjun dari bangunan .

Firman Allah yang bermaksud :

" Dan apabila dibacakan al-Quran , maka dengarkanlah baik - baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat . "
( Surah Al-A'raf 7:204 )

Pesakit kemurungan yang mengamalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran secara konsisiten setiap hari akan mendapati pemikiran dan perasaan mereka menjadi lebih positif dan tenang . Malah , dengan izin Allah , ramai pesakit yang telah beransur  - ansur dikurangkan dos ubat antikemurungan selepas mengamalkan rawatan perubatan al-Quran .

Surah Yang Perlu Diamalkan


Berikut adalah ayat - ayat al - Quran yang boleh diamalkan oleh pesakit .

  • surah Muhammad ayat 21 - 32
  • surah Thaha ayat 120 - 135
  • surah az-Zumar ayat 59 - 75
  • surah an - Nahl ayat 81 - 89

Kaedah Amalan


Cara - cara mengamalkan ayat - ayat al-Quran di atas adalah seperti berikut :

1- Pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Muhammad 3 x  pada waktu malam dan surah kedua aitu surah Thaha 3 x pada waktu siang . Pembacaan ini hendakah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu .

2- Selepas membaca 3 x , pesakit perlu memohon kepada Allah s.w.t. untuk penyembuhan . Selepas membaca dua surah pertama tadi , pesakit hendaklah mengulang amalan - amalan tersebut dengan surah - surah yang seterusnya .



ANIS April 2014



1 Response to "Tanda Dan Rawatan Kemurungan"

  1. Saya tahu sepenuhnya bahawa untuk rawatan kemurungan, terutamanya pesakit yang serius, satu cara yang paling berkesan untuk menyelesaikannya adalah dengan rawatan herba semula jadi yang memanfaatkan kuasa yang besar dan ramai pesakit dah dapat sembuh daripada penyakit itu.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...