10 Plaza Tol Bayar Guna Kad Bermula 13 Januari | Pembayaran tol scara tunai di plaza tol adalah antara penyebab yang menjadikan anda lambat sampai ke tempat kerja . Oleh sebab itu , ramai yang sudah memilih untuk menggunakan kad kerana ianya lebih cepat prosesnya .
10 Plaza Tol Bayar Guna Kad
Bermula 13 Januari 2016 , perlaksanaan pembayaran tol menggunakan kad sepenuhnya akan dijalankan ke atas 10 plaza tol seperti berikut :
- Plaza tol Salak Selatan
- Plaza tol Putrajaya
- Plaza tol Seri Kembangan
- Plaza tol PJS2
- Plaza tol PJS5
- Plaza tol Pantai Dalam
- Plaza tol Batu 9
- Plaza tol Batu 11
- Plaza tol Seri Muda
- Plaza tol Alam Impian
Jenis Kad
Pengguna boleh melakukan pembayaran elektronik di 10 plaza tol tersebut dengan menggunakan kad
- PlusMiles
- Touch 'n Go
- Smart TAG
Kad Tambah Nilai
Untuk memastikan operasi berjalan lancar , pihak konsesi lebuhraya telah menyediakan kemudahan lorong untuk kad tambah nilai dan penjualan kad Touch 'n Go yang beroperasi selama 24 jam bersama kakitangan yang sentiasa bersedia membantu pengguna yang menghadapi masalah .
Pertanyaan
Kepada pengguna yang mempunyai kemusykilan , anda bolehlah menghubungi hotline pusat LLM di talian 1-800-88-7752 atau mana - mana pusat khidmat pelanggan lebuhraya yang terlibat untuk sebarang pertanyaan .
~ Sumber Informasi ~
Penggunaan kad secara automatik ni bagus cuma yang xbest bila nak redeem rebate lak kena cara manual.....;-(
ReplyDelete