Rukun Qauli Dalam Solat


Rukun Qauli Dalam Solat | Solat mempunyai rukun yang perlu diikuti dan dipatuhi . Menggagalkan diri melakukannya akan menyebabkan solat yang didirikan tidak sah . Dalam solat ada rukun yang dikenali dengan rukun qauli .


Rukun Qauli Dalam Solat

Rukun Qauli


Rukun qauli ialah berlafaz sekadar dapat didengari telinga sendiri . Sekiranya meninggalkan rukun qauli , maka tidak sah solat kita . terdapat lima rukun qauli iaitu :

  1. lafaz takbiratulihram
  2. membaca surah al-fatihah
  3. membaca tahiyat akhir
  4. membaca selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.
  5. memberi salam pertama

Takbiratul Ihram


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.aw. bersabda pada orang yang buruk solatnya yang bermaksud :

" Jika engkau hendak solat , maka bertakbirlah . "
( Riwayat Muslim )

Ucapan takbir ialah dengan melafazkan ' Allahu Akbar ' .

Membaca al - Fatihah


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Orang yang tidak membaca surah al - Fatihah m tidak sah solatnya . "
( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :

" Tidak ada solat kecuali dengan bacaan Surah al - Fatihah . "
( Riwayat Muslim )

Tasyahud Akhir


Daripada Ibnu Mas'ud r.a., dia berkata , Rasulullah s.a.w. mengajariku tasyahud secara langsung sebagaimana mengajariku surah al - Quran .


Rukun Qauli Dalam Solat

Selawat Kepada Nabi S.A.W


Diriwayatkan Ka'b bin Ujrah , beliau mengatakan bahawa , kami berkata :

" Wahai Rasulullah , kami telah mengetahui atau mengenal bagaimana mengucap salam atas engkau . Lalu bagaimana dengan selawatnya ? Baginda s.a.w. berkata , ' Ucapkanlah :


Rukun Qauli Dalam Solat

" Ya Allah , berilah rahmat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad , sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada keluarga Ibrahim . Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung . Serta berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad , sebagaimana Engkau telah memberikan kepada keluarga Ibrahim . Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung . "
( Muttafaqun 'alaih )

Salam


Daripada Ibnu Mas'ud r.a. :

" Saya melihat Rasulullah s.a.w. melakukan salam ke kanan dan ke kiri , mengucapkan ' Assalamualaikum warahmatullah ' , hingga terlihat putihnya pipi baginda . "
( Riwayat an - Nasa'i , Abu Dawud )



ANIS April 2014



Related Posts :

  • Kaedah Dan Tatacara Bersuci Assalamualaikum ... Bismillah . Setiap umat Islam mestilah memahami kaedah dan tatacara yang dijelaskan dalam hukum bersuci bagi memastik… Read More...
  • Keperluan Membayar Fidyah Assalamualaikum ... Keperluan Membayar Fidyah | Bismillah . Sekarang kita sudah berada di dalam bulan Syaaban . Ini bermakna hampir sebu… Read More...
  • Cara Pengiraan Zakat Emas ASSALAMUALAIKUM ... Dengan lafaz Bismillah . Hampir semua perempuan suka kan emas . Lagi la sekarang ni ada lak pelaburan emas… Read More...
  • Rukun Qauli Dalam Solat Rukun Qauli Dalam Solat | Solat mempunyai rukun yang perlu diikuti dan dipatuhi . Menggagalkan diri melakukannya akan menyebabkan solat y… Read More...
  • Sujud Sahwi Sujud Sahwi | Dengan lafaz Bismillah . Mulut dan hati membaca ayat yang sama . Tapi fikiran masih melayang . Khusyuk a… Read More...

1 Response to "Rukun Qauli Dalam Solat"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...