Dosa Lidah


ASSALAMUALAIKUM ...

Dosa Lidah | Bismillah . LISAN atau LIDAH adalah anggota tubuh terpenting dan salah satu nikmat Allah yang wajib disyukuri . Dengan lidah , manusia dapat bertutur dan berhubung sesama manusia , memberi arahan pada haiwan dan menzahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan pada Yang Esa . 


Dosa Lidah


Rasulullah SAW bersabda :
" Kebanyakan dosa anak Adam dari lidahnya . " ( Riwayat Tabarani dan Baihaqi )

Namun kadang kala manusia terlupa untuk bersyukur . Malah dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran lidah berkata - kata yang tidak di kawal . Kata orang , kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan merana .

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan , meskipun dia benar . Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau . Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam syurga bagi orang yang mempunyai budi pekerti baik" ( Riwayat Abu Daud ) .

Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang . Kerana besarnya bencana berpunca daripada lidah . Rasulullah menganjurkan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata - kata tidak baik , lebih baik dia mendiamkan diri . 

Baginda bersabda yang bermaksud : 
" Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian , maka bercakaplah perkara yang baik  atau mendiamkan diri . "(Riwayat Muslim dan Bukhari ) 

Berdiam diri adalah cara paling mudah menyelamatkan diri daripada fitnah , mengumpat dan meluahkan perkataan yang tidak perlu seperti peringatan Rasulullah yang diriwayatkan Ahmad , 
" Sesiapa yang diam , dia akan selamat . "

Seseorang yang beriman dah bertqwa akan menjuruskan lidahnya dengan amalan kebajikan dan bermanfaat kepada umat manusia serta mengelakkan daripada perkara melalaikan .

Firman Allah yang bermaksud ;
" Sesungguhnya berjayalah orang - orang yang beriman , iaitu mereka  yang khusyuk dalam sembahyangnya ; dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia - sia ." ( al - Mukminun : 1-3 )


Surah al - Baqarah ayat 2 : 191 mengatakan : 

" dan memfitnah itu lebih buruk daripada  membunuh . "


Maka , gunakanlah lidah kamu untuk berzikir , bertahmid , bertasbih dan membaca al - Quran dikala kamu senggang atau lapang . Dengan demikian , maka terhindarlah dari dosa malah melipatgandakan pahala yang ada .


Beruntunglah sesiapa yang mampu menjaga lidahnya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya . Sesiapa yang sentiasa berkata benar dan disenangi orang lain , hidupnya dalam kesejahteraan dan kedamaian .



~ Sumber Informasi ~



1 Response to "Dosa Lidah"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...