Vape Undang Bahaya | Ramai orang yang terjebak dengan aktiviti merokok pada awalnya adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya ketika di alam persekolahan . Selebihnya , mereka mula merokok bila hidup mereka berhadapan dengan tekanan . Tekanan itu mungkin disebabkan putus cinta , kewangan yang meruncing , tekanan kerja juga masalah keluarga .
Vape
Apabila mereka mula sedar yang tabiat merokok itu akan mengundang masalah kesihatan di samping harga rokok yang kian meningkat , perokok merasakan bahawa mereka perlu berhenti . Hakikatnya , nak berhenti merokok ni bukan mudah . Mereka dah ketagih sama seperti orang ketagih dadah .
Maka alternatif lain perlu digunakan . Vape adalah pilihan yang paling mudah . Vape merupakan rokok elektronik yang boleh menjadikan perokok merasa kepuasan menikmatinya sama dengan merokok . Vape juga selamat bila ianya hanya menggunakan cecair berperisa .
Vape Undang Bahaya
Baru - baru ini pihak berkuasa mula mengesan wujudnya penggunaan cecair vape yang mengandungi nikotin , yang merupakan sejenis dadah . Bukan itu sahaja , pengguna vape telah mula menggunakan cecair perisa yang telah dicampur dengan shabu , ganja dan air ketum yang mereka beli secara atas talian dari China dan Amerika pada harga serendah RM250 untuk 100 ml yang dihantar .
SI terfikir pula , bagaimana sekiranya ada orang yang nak berhasad dengki atau nak balas dendam dengan mencampurkan sedikit racun ke dalam cecair vape dengan tujuan untuk membunuh ? Atau yang paling mudah , masukkan sedikit dadah , ubat khayal ke dalam cecair vape dengan tujuan menganiaya ataupun untuk tujuan merogol atau sebagainya .
Dari apa yang SI lihat di media sosial , vape bukan sekadar digemari oleh lelaki tetapi juga para wanita . Malah pelajar sekolah rendah juga ada yang sudah menggunakan vape . SI rasakan , pengedar dadah juga sudah mula ambil kesempatan dngan menggunakan cecair perisa itu untuk meluaskan pasaran dan penjualan dadahnya . SI melihat itu sebagai perkara yang akan mengundang bahaya .
Diharamkan
Justeru itu , SI merasakan adalah wajar penggnaan vape di Malaysia ini diharamkan sahaja . SI merasakan vape itu akan lebih banyak mengundang bahaya berbanding sekadar berseronok menikmatinya .
SI harapkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera tentang status penggunaan vape di Malaysia ni supaya tidak menjadi seperti peribahasa ' sudah terhantuk baru terngadah ' .
~ Sumber Informasi ~
berhenti la merokok ke vape ke... semuanya membuang duit dan membuang nikmat (kesihatan)
ReplyDeleteVape- isu panas sekarang ini... pelbagai komen ada pro & kontra...
ReplyDelete