Assalamualaikum ...
Hukum Berjual Beli ( Muamalat ) | Bismillah . Dengan adanya mata pencarian dan nafkah hidup sama ada melalui bekerja sendiri dalam bidang pertanian , perdagangan , berniaga atau bekerja dalam perkhidmatan kerajaan , seseorang ketua keluarga berkemampuan menyara kehidupan keluarganya khususnya membeli barang - barang makanan , pakaian dan keperluan - keperluan asasi lainnya .
Hukum Berjual Beli / Muamalat
Apabila ada permintaan terhadap sesuatu barangan seperti keperluan harian , tentunya terdapat urusan jual beli atau ' muamalat ' antara pembeli dan penjual .
Panduan
Oleh yang demikian , beberapa panduan perlu diambil kira oleh ahli - ahli masyarakat agar urusan muamalat yang dilakukan itu menepati kehendak yang telah Islam tentukan . Antaranya :
1- Elakkan Penipuan
Penjual Perlu Menjauhkan diri daripada menipu pembeli dengan mengurangkan timbangan pada barangan yang dijual .
Hanya barangan yang bersih , suci , halal dan boleh dimanfaatkan sahaja yang patut dijual . Ini bermakna , barangan yang rosak / cacat atau sudah tamat tempoh tidak boleh dijual .
Bukan keuntungan yang menjadi ukuran tetapi keberkatan rezeki yang diperolehi hasil urusan jual beli yang sihat .
2- Memberi Hutang
Penjual yang tinggi hemahnya akan membenarkan sebahagian pembeli ( yang kurang mampu / miskin ) berhutang barangnya dengan perjanjian untuk membayarnya apabila ada kemampuan atau sampai tempoh yang dijanjikan .
3- Harga
Peniaga dilarang meninggikan harga barangan sewenang - wenangnya . Peniaga dianjurkan untuk berkata benar terhadap harga sesuatu barang dan apabila pembeli meminta pengurangan harga barang , hendaklah ia ( penjual ) bersetuju mengurangkannya pada kadar yang munasabah .
4- Menanggung Kerugian
Seorang pembeli yang membeli barangan dari penjual yang miskin , haruslah sanggup menanggung sedikit kerugian pada nilai barangan . Ini sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Allah mengasihi seseorang lelaki yang bertolak ansur ketika menjual , ketika membeli dan ketika menuntut iaitu menuntut hutangnya . "
5- Kelonggaran Jual Beli
Urusan jual beli antara fakir miskin harus diberi kelonggaran seperti peniaga berkata :
" Ambillah barangan yang kau hajati .Apabila ada kemampuan , bayarlah . Jika tidak , anggaplah sebagai sedekah dan dihalalkan bagimu . "
Syarat Muamalat
Seorang peniaga atau pedagang harus memberi perhatian khusus kepada perkara - perkara berikut :
1- Bersih Niatnya
Dalam menjalankan perniagaan , tidak perlu tamak untuk mendapat untung lebih .Mereka perlu bersifat Qanaah ( berpada ) dengan rezeki yang diterima hasil jualannya untuk menyara kehidupan keluarga .
2- Pandai Membahagikan Masa
Peniaga perlulah pandai membahagikan masa antara berniaga dan beribadat ( khususnya solat wajib ) dan tidak dialaikan dengan urusan perniagaan harian .
3- Perniagaan Sebagai Fardu Kifayah
Peniaga perlu menganggap perniagaan itu sebagai fardu kifayah bagi memudahkan kehidupan masyarakat . Jika tidak , akan terjejaslah keharmonian masyarakat dengan tiada perusahaan yang berkaitan seperti kedai runcit , kilang beras , kilang roti dan sebagainya .
4- Menjauhi Perniagaan Haram
Peniaga hendaklah jauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti - aktivit yang jelas haramnya seperti menjual arak , menjual nombor ekor dan menjual ternakan yang tidak disembelih ( mengikut syarak ) .
5- Barangan Yang Sah
Pedagang mestilah mengelakkan diri daripada menjual barang - barang curi , barang - barang hasil dari peras ugut dan sebagainya .
6- Amalan Riba
Peniaga tidak boleh memberi hutang dengan mengenakan ' kadar bunga ' ( iaitu bayaran balik hutang lebih tinggi dari jumlah asal ) . ' Kadar bunga ' itu adalah riba yang perlu dijauhi kerana riba adalah haram disisi Islam .
7- Menjaga Kesempurnaan Muamalat
Hendaklah seorang peniaga itu menjaga segala hal ehwal muamalat dengan sempurna kerana beliau akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak .
Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat
nk berniaga pun ada etikanya....barulah berkat rezeki kita....berniaga kena jujur....
ReplyDeletethanks sharing
ReplyDeleteThanks for the Info...
ReplyDeleteakad saya beli/saya juai(jual) masih ada di tempat saya...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDelete