Tips Memandu Dalam Banjir


Assalamualaikum ...

Tips Memandu Dalam Banjir | Bismillah . Musim tengkujuh menjelma lagi . Hampir setiap petang hujan akan turun dan ada kalanya sehingga menjelang malam . Kadang kala sekejap , kadang kala lebat berpanjangan . Beberapa minggu yang lepas , daerah Baling di Kedah dan Johor Bahru sudah mengalami banjir . Maka tak mustahil tempat lain juga akan berlaku banjir jika cuaca seperti ini berterusan .

Tips Memandu Dalam Banjir

Tips Memandu Dalam Banjir


Cuti sekolah yang sudah bermula semalam dan juga hari ini . Sudah tentu ramai ibu bapa yang sudah merancang untuk cuti di kampung halaman . Bagaimana sekiranya dalam perjalanan anda pulang ke kampung halaman , tiba - tiba anda menemui banjir di tengah perjalanan ?

Ini sedikit perkongsian / tips berguna memandu dalam banjir dari Datuk Ir.Mohamad bin Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif, JPJ Putrajaya) berkenaan apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda terjumpa banjir ketika sedang memandu .


1- Kalau nampak air banjir di hadapan , berhenti dulu untuk nilaikan kedalaman .

2- Standard ekzos kereta dibina pada 7-8 inci dari tanah , jadi , tengok kereta di hadapan yang redah air , tenggelam tak ekzosnya . Amati sampai kereta tersebut naik ke kawasan darat di hadapan . Maka anda akan dapat tahu kedalaman air yang anda akan redah nanti .

3- Kalau paras air bawah dari ekzos , maka OKAY, boleh REDAH .  Tak ada masalah , tapi jangan laju sangat .

4- Kalau ada bunyi 'tepukan air' bawah lantai kereta , itu perkara biasa , sama seperti anda naik bot . Anda cuma perlu maintain kelajuan OPTIMUM (tak laju juga tak perlahan) untuk elak kereta anda diolak 'ombak' air dan mengubah haluan ke bahu jalan . Pertimbangkan sama 'ombak kereta' yang anda hasilkan pada pengguna lain .

Kalau AIR BANJIR lebih tinggi dari EKZOS ( tapi taklah sampai kereta anda merodok air macam kapal selam , contoh kereta Perdana tahun lepas ) , anda perlu pertimbangkan . Kalau tiada pilihan untuk meredah , maka ada CARAnya :

5- Kalau kereta manual , pastikan anda di gear 1 dengan RPM lebih dari 2500 . Jangan cuba kurangkan dari itu atau jangan perlahankan RPM ketika meredah air .

6- Kalau perlahankan , air akan DISEDUT melalui ekzos anda ke enjin . Inilah PUNCA kenapa kereta anda mati ketika meredah air banjir .

7- Kalau kereta Auto Transmission , masukkan ke gear Low , kemudian redah air perlahan-lahan pada kelajuan yang sesuai .

8- Untuk maintain RPM Tinggi dengan kelajuan yang rendah ( tak laju dan terkawal ) ketika redah air , bagi kereta Manual , main-main atau kawal Clutch kaki . Biasanya RPM tersebut pada gear 1 sudah mencukupi .
   
9- Untuk kereta Transmisi Auto , main-main dengan handbrake supaya anda dapat kawal kelajuan kereta ketika meredah air ( PASTIKAN anda sentiasa tekan BUTANG release pada Handbrake , JANGAN lepas supaya brake anda tak Locked )

Biasanya, jarak Optimum untuk praktis diatas ialah kurang dari 250 meter. Banjir kilat biasanya kurang dari 50 meter.

TIPS TAMBAHAN & PENTING 


1- Pastikan laluan CLEAR dulu sebelum redah . Jika PERLU tunggu , maka TUNGGUlah . Kang kalau kena perlahan ada orang melintas atau kereta berhenti di hadapan , kereta anda pun akan tersangkut sekali .

2- Lepas naik ke DARATan , UJI BREK kereta ANDA . Kemungkinan besar brek tiada cengkaman sebab basah . Cara nak keringkan brek kereta , pandu perlahan-lahan ( hadkan pada 10-15 kmj ) sambil tekan pedal Minyak & Brek serentak . Ini bagi menghasilkan kepanasan pada Brek supaya cepat kering & kembali mencengkam.

3- Bila rasa dah ok sikit cengkaman , UJI BRAKE kereta anda pada Kelajuan 20-25kmj . Uji berulang kali pada jarak 20-30 meter. Ulang proses 2&3 sehingga dapat cengkaman memuaskan .

*Selamat Memandu*



1 Response to "Tips Memandu Dalam Banjir"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...