Assalamualaikum ...
Bahaya Menjadi Penjamin | Bismillah . Menjadi penjamin kepada seorang peminjam dalam suatu perjanjian pinjaman bukan suatu yang mudah kerana ia boleh mengundang bahaya kepada si penjamin itu sendiri . Tidak kira sama ada wanita atau lelaki , anda perlu mengetahui siapakah yang harus anda jamin .
Penjamin
Sebelum seseorang itu mengambil keputusan untuk menjadi penjamin , dia perlu tahu apa yang dikatakan sebagai penjamin dan dia juga perlu mengenali dan melihat dengan sebijak - bijaknya kemampuan si peminjam dan kemampuan dia sendiri selaku penjamin untuk mengelakkan kesan buruk yang mungkin akan terjadi pada masa hadapan .
Dalam undang - undang perjanjian pinjaman , penjamin adalah orang yang memikul tanggungjawab yang sama seperti peminjam dan dia juga merupakan orang kedua dalam proses pinjaman tersebut .
Penjamin hanya diperlukan untuk sesuatu perkara tertentu yang melibatkan hal - hal yang berkaitan pinjaman di bank seperti pinjaman pendidikan , pinjaman perniagaan , pinjaman pembelian rumah , pinjaman kereta dan sebagainya . Selalunya , peminjam akan mencagarkan semula barangan yang dibeli .
Jenis Penjamin
Terdapat dua jenis penjamin yang selalunya didapati / terlibat dalam pinjaman bank iaitu penjamin korporat dan penjamin individu .
1- Korporat
Penjamin korporat ialah sebuah institusi atau syarikat yang bersedia untuk menjadi penjamin kepada peminjam tersebut . Tetapi pihak syarikat akan mengenakan beberapa syarat kepada peminjam seperti dikenakan bon dan sebagainya .
Penjamin individu akan menjamin tanpa mengenakan sebarang bayaran dan lain - lain . Akan tetapi , menjadi penjamin individu lebih berisiko berbanding penjamin korporat .
Tujuan utama penjamin diperlukan oleh institusi kewangan sebagai syarat untuk membuat pinjaman supaya jika berlaku sebarang kemungkinan kepada peminjam , seperti dia tidak membayar semula pinjaman tersebut dan sebagainya , pihak kewangan bank akan mencari penjamin yang menjamin pinjaman tadi untuk melangsaikan hutang tersebut .
Tidak semua institusi kewangan mengenakan syarat memerlukan penjamin untuk sesuatu pinjaman . Ia bergantung kepada syarat - syarat yang dikenakan oleh sesebuah institusi kewangan untuk memberi pinjaman .
Sebagai contoh , rakan anda meminta anda untuk menjadi penjamin individu kepada pinjaman perniagaannya sebanyak RM40,000.00 di sebuah bank . Jika anda memberi persetujuan untuk menjadi penjamin terhadap pinjamannya dan anda layak , maka anda juga mesti bertanggungjawab terhadap pinjaman tersebut . Jika rakan anda gagal untuk membuat pembayaran semula ke bank atau menghilangkan diri , pihak bank tidak akan ragu - ragu untuk menuntut bayaran semula kepada anda kerana anda adalah penjaminnya .
Sama ada anda menjadi penjamin pertama ataupun kedua , tindakan tetap dikenakan kepada anda . Terdapat satu kes di mana penjamin tersebut telah meninggal dunia dan peminjam telah menghilangkan diri , maka urusan peminjaman tersebut akan terus dipikul oleh waris penjamin jika dapat dikesan .
Sebagai seorang penjamin , anda perlu mengetahui apakah hak - hak anda sebagai seorang penjamin untuk persediaan menghadapi sebarang kemungkinan . Risiko menjadi seorang penjamin boleh mendatangkan bahaya kepada anda jika anda tidak berhati - hati dan peka terhadap perkara tersebut .
Anda mungkin mendapat notis amaran daripada pihak bank untuk membuat pembayaran semula kepada mereka . Sekiranya anda tidak memberikan tindak balas terhadap notis tersebut maka ,
Surat perintah untuk ke mahkamah akan dihantarkan kepada anda supaya menghadirkan diri ke mahkamah . Perbicaraan akan dikenakan ke atas anda dan peminjam . Sekiranya peminjam gagal ditemui atau hilang , andalah yang akan menanggungnya . Untuk mencari peminjam yang telah hilang mungkin akan menjadi kesukaran pula kepada anda .
Nama anda juga berkemungkinan akan disenaraihitamkan oleh pihak bank daripada sebarang pinjaman kerana kegagalan membayar semula pinjaman . Anda juga tidak dapat membuat sebarang pembelian seperti kereta , rumah dan sebagainya . Jika masalah ini tidak diselesaikan , ia akan menimbulkan banyak masalah yang membabitkan urusan peribadi anda .
Pengisytiharan bankrup atau muflis oleh pihak bank boleh juga dikenakan kepada anda dan peminjam akibat kegagalan pembayaran semula pinjaman tersebut . Selalunya pengisytiharan ini akan melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM30,000 ke atas .
Jika sekiranya anda bekerja di sektor kerajaan , potongan akan dibuat melalui gaji yang dimasukkan ke dalam akaun anda . Potongan gaji tersebut berdasarkan budi bicara pihak bank mengikut kemampuan anda . Semasa pemotongan gaji tersebut , pihak bank mungkin akan mengkaji terlebih dahulu masalah yang mungkin anda hadapi seperti tahap tanggungan anda dan masalah yang lain .
Ada syarat - syarat tertentu yang menjadikan anda layak menjadi penjamin seperti :
1- Penjamin bukan seorang yang bankrap .
2- Pekerja kerajaan atau swasta
3- Tahap pendapatan bulanan yang tertentu mengikut syarat pihak bank .
4- Memberikan penyata kewangan kepada pihak bank .
5- Mengikut syarat - syarat yang ditetapkan oleh pihak bank .
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
MAJALAH NUR JANUARI 2006
2- Individu

Tujuan / Keperluan

Risiko
Sebagai seorang penjamin , anda perlu mengetahui apakah hak - hak anda sebagai seorang penjamin untuk persediaan menghadapi sebarang kemungkinan . Risiko menjadi seorang penjamin boleh mendatangkan bahaya kepada anda jika anda tidak berhati - hati dan peka terhadap perkara tersebut .
1- Notis Amaran
Anda mungkin mendapat notis amaran daripada pihak bank untuk membuat pembayaran semula kepada mereka . Sekiranya anda tidak memberikan tindak balas terhadap notis tersebut maka ,
2- Perintah Mahkamah
Surat perintah untuk ke mahkamah akan dihantarkan kepada anda supaya menghadirkan diri ke mahkamah . Perbicaraan akan dikenakan ke atas anda dan peminjam . Sekiranya peminjam gagal ditemui atau hilang , andalah yang akan menanggungnya . Untuk mencari peminjam yang telah hilang mungkin akan menjadi kesukaran pula kepada anda .
3- Senarai Hitam
Nama anda juga berkemungkinan akan disenaraihitamkan oleh pihak bank daripada sebarang pinjaman kerana kegagalan membayar semula pinjaman . Anda juga tidak dapat membuat sebarang pembelian seperti kereta , rumah dan sebagainya . Jika masalah ini tidak diselesaikan , ia akan menimbulkan banyak masalah yang membabitkan urusan peribadi anda .
4- Pengisytiharan Bankrap Atau Muflis
Pengisytiharan bankrup atau muflis oleh pihak bank boleh juga dikenakan kepada anda dan peminjam akibat kegagalan pembayaran semula pinjaman tersebut . Selalunya pengisytiharan ini akan melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM30,000 ke atas .
5- Potong Gaji
Jika sekiranya anda bekerja di sektor kerajaan , potongan akan dibuat melalui gaji yang dimasukkan ke dalam akaun anda . Potongan gaji tersebut berdasarkan budi bicara pihak bank mengikut kemampuan anda . Semasa pemotongan gaji tersebut , pihak bank mungkin akan mengkaji terlebih dahulu masalah yang mungkin anda hadapi seperti tahap tanggungan anda dan masalah yang lain .
Syarat Menjadi Penjamin
Ada syarat - syarat tertentu yang menjadikan anda layak menjadi penjamin seperti :
1- Penjamin bukan seorang yang bankrap .
2- Pekerja kerajaan atau swasta
3- Tahap pendapatan bulanan yang tertentu mengikut syarat pihak bank .
4- Memberikan penyata kewangan kepada pihak bank .
5- Mengikut syarat - syarat yang ditetapkan oleh pihak bank .
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Barang siapa berhutang wang kepada orang lain dan berniat akan mengembalikannya , maka Allah s.w.t. akan luluskan niatnya itu ; tetapi barangsiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakan ( tidak membayar ) , maka Allah akan merosakkan dia . "( Riwayat Bukhari )
MAJALAH NUR JANUARI 2006
Alhamdulillah, orang yang dijamin telah selesaikan segala hutang...lega sangat rasanya.
ReplyDeleteBaca syarat dan fhm sebaik2nya sblm sign sbg penjamin.usah menyesal dikemudian hari
ReplyDelete