Assalamualaikum ...
Cara Mudah Mendapat Pahala | Setiap muslimin dan muslimat mendambakan pahala dalam hidup mereka . Walaupun mungkin cara itu akan menyusahkan diri sendiri , selagi boleh diusahakan , akan dilakukan juga demi mendapatkan pahala dan keredhaan Allah .
Cara Mudah Mendapat Pahala
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Melihat pada tiga perkara adalah ibadah . Melihat wajah ibubapa , melihat al - Quran dan melihat lautan , "
( Riwayat Abu Nuaim )
Ibu Bapa
Maka bertuahlah pada sesiapa yang masih dapat melihat wajah ibu bapanya . Selain masih dapat melihat wajah ibu bapa , mereka juga masih berpeluang berbakti , membuat kebaikan serta menyanyangi mereka sepenuh jiwa dan raga .
Kepada mereka yang ibubapanya sudah pergi ke rahmatullah , walaupn anda tidak dapat lagi memandang wajahnya , kirimlah al - Fatihah , sedekahkan bacaan surah Yassin dan buatlah amal jariah untuk mereka . Jika anda melakukan semua atau diantaranya , anda juga sudah mendapa pahala asalkan anda melakukannya dengan seikhlas hati .
Al - Quran
Al-Quran diturunkan ke mukabumi oleh Allah s.w.t. adalah untuk menjadi panduan kepada para muslimin dan muslimat . memandangnya sahaja sudah mendapat pahala , apatahlagi jika anda membacanya . Maka berlipatgandalah pajhala yang anda akan perolehi .
Perlu diingat bahawa , al- Quran diturunkan bukan sekadar untuk dilihat tetapi juga dipelajari , dibaca dan dihayati setiap maksud yang disampaikan supaya manusia lebih menginsafi , mensyukuri dan melihat betapa besar kekuasaan Allah serta kasih sayangNya kepada seluruh hambaNya .
Lautan
Ciptaan Allah terlalu banyak . Selain lautan , ada juga tumbuhan , gunung ganang , haiwan dan lainnya yang menjadi keseimbangan kepada keidupan manusia . Maka bertuahlah kepada sesiapa yang tinggal berhampiran dengan lautan atau yang sudah sebati dengan lautan demi mencari rezeki .
Lautan merupakan selautan air yang anda tidak akan dapat mengetahui jumlah sebenar banyaknya air tersebut . Lautan telah memberikan kehidupan bukan sahaja kepada manusia malah juga binatang dan tumbuh - tumbuhan .
Bayangkan jika tidak wujud lautan , apa akan jadi pada putaran hidup seluruh makhluk Allah yang bergantung padanya ? Sesungguhnya , setiap ciptaan Allah itu memberi manfaat antara satu sama lain .
~ Sumber Informasi ~
Salam kenal,
ReplyDeletePerkongsian yg bermanfaat.. dengan tiga perkara kita dapat pahala dengan mudahkan .
akak follow #280, jemputlah ke blog kecik akak ye :)
terbaik pengkongsian
ReplyDeletesenang nye nak dapat pahala kan :)
ReplyDeletekalau mcm tu kena selalu tgk laut la ;-)
ReplyDelete